Wednesday, December 8, 2021

Zulin Aziz Dituduh Perli Siti Nordiana?

Penyanyi, Zulin Aziz meluahkan rasa kecewa kerana statement-nya disalah ertikan. Menerusi posting tersebut, Zulin menjelaskan ada pihak yang cuba memfitnah dirinya. Seakan-akan ada pihak...
More

    Terkini

    Zeel Production pilih Astro First sebagai platform tayangan filem Seandainya Kau Ada

    Sejak 5 Mac lalu, pihak kerajaan telah membenarkan pawagam-pawagam di Malaysia untuk meneruskan operasi tetapi dengan SOP yang ketat. Seperti yang kita lihat, banyak filem-filem yang terdahulu di tangguhkan tayangannya, baik dari dalam dan luar negara kini dapat dinikmati oleh penonton dan peminat.

    Namun, tidak semua syarikat produksi memilih pawagam sebagai platform tayangan sementelah kebanyakan orang masih memilih untuk duduk di rumah dan menonton kandungan hiburan menerusi televisyen.

    Filem Seandainya Kau Ada merupakan filem pertama arahan Fadzil Teh bersama rakan sutradara, Chad Abdul Rahman

    Justeru, tidak hairan jika penerbit daripada syarikat Zeel Production, Fadzil Teh memilih platform Astro First bagi penayangan filem pertama arahannya bersama Chad Abdul Rahman iaitu Seandainya Kau Ada.

    Dibintangi oleh Fendy Bakry, Ruhainies, Raysha Rizrose, Aidit Noh, Rozita Che Wan, Fauziah Nawi, Shah Iskandar dan Scha Elinnea, naskhah tersebut akan mula ditayangkan di platform berbayar berkenaan mulai hari ini.

    Antara babak dalam filem Seandainya Kau Ada

    Sudah 20 tahun berkecimpung dalam industri, Fadzil berkata, dia nekad memilih untuk menayangkan filemnya di platform tersebut selepas mempertimbangkan beberapa faktor.

    “Sebagai penerbit dan pengarah, tentulah saya mahu filem pertama saya ini ditayangkan di panggung wayang. Tetapi, apabila melihat situasi pandemik COVID-19 kini, perasaan saya mula berasa berbolak-balik.

    “Buat masa sekarang, penonton suka duduk di rumah dan hampir 200 peratus penonton memilih Astro First sebagai platform menonton filem di kediaman mereka. Justeru, kami nekad dengan keputusan itu. Dalam masa yang sama, kami gementar juga menanti reaksi dan sambutan,” ujarnya.

    Tambah Fadzil lagi, keputusan itu juga didorong menerusi jalinan kerjasama baik yang sudah terjalin dengan saluran berkenaan.

    “Rangka promosi yang diaturkan juga dilakukan juga sangat baik,” katanya lagi.

    Tambah Fadzil, penggambaran filem Seandainya Kau Ada bermula sekitar awal Januari hingga Februari tahun lalu selama 40 hari.

    “Kami bertuah kerana penggambaran berlangsung sebelum wabak melanda dunia itu mengganas dan sebelum Perintah Kawalan Pergerakan pertama dikuatkuasa.

    Makkah dan Madinah merupakan antara lokasi penggambaran filem

    “Penggambaran dijalankan di Kuala Lumpur, Perlis, Terengganu, Tashkent Uzbekistan serta kota Makkah dan Madinah.

    “Sewaktu penggambaran berlangsung, menariknya setiap warga kerja produksi diminta memberikan input dan idea untuk mencantikkan hasil filem ini,” katanya

    Sebelum ini, Fadzil pernah mencuba mengarah beberapa karya termasuklah Kisah Dari Mekah, Pintu No 9, Manisnya Bulan Madu dan Cikgu Dina Pakai Prada.

    Latest Posts

    Gosip

    Zarina Anjoulie Dan Zoey Rahman Bercinta?

    Sejak kebelakangan ini, selebriti kontroversi, Zarina Anjoulie dilihat agak akrab dengan pelakon dan usahawan berwajah jambu iaitu Zoey Rahman. Mereka berdua dilihat sering berbual bersama...

    Positif Ganja, Bekas Ratu Cantik Tumbuk Polis?

    Bekas ratu cantik negara ditahan oleh pihak berkuasa selepas menumbuk anggota polis dan merempuh sekatan jalan raya (SJR) di Lebuhraya Persekutuan hari ini. Memetik laporan...

    Selebriti Wanita Popular Ditahan Polis, Sangkut Ujian Air Kencing?

    Selebriti media sosial yang dulunya seorang pelakon ditahan selepas didapati positif dadah jenis methamphetamine dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Chalet Nilai, Negeri...

    Suhaimi Saad Letak Jawatan Sebagai Penyanyi Nasyid

    Selebriti kontroversi, Suhaimi Saad yang merupakan bekas ahli kumpulan nasyid, In team hari ini mengumumkan meletak jawatan sebagai penyanyi nasyid. Suhaimi telah membuat pengumuman itu...

    Sufie Nak Jual Audi Miliknya Kerana Terlalu Susah Jaga?

    Bagi yang mengikuti penyanyi kelahiran Singapura, Sufie Rashid, 30, di Instagram, pasti menyedari tentang pengumuman untuk menjual kereta jenis Audi S5 yang baru tiga...