Model terkemuka dunia, Bella Hadid mendedahkan yang dia kini sudah mempunyai kekasih baharu.
Bella mengesahkan hal tersebut secara tidak langsung oleh Bella menerusi beberapa siri foto yang dimuat naik di akaun Instagramnya.
Lelaki yang dimaksudkan ialah Marc Kalman, seorang pengarah muda.
“Kehidupan saya. Kesihatan, kerja dan percintaan,” tulisnya.
Difahamkan, percintaan antara Bella dan Kalman juga seperti mendapat restu daripada ahli keluarganya termasuk Gigi Hadid.
Gigi dilihat meninggalkan emosi senyum pada gambar yang dimuat naik sementara beberapa rakan yang lain ikut suka dengan khabar berkenaan.
Percintaan ini menjadi yang pertama selepas Bella tidak lagi menjadi kekasih kepada penyanyi The Weeknd.
Bella dan The Weeknd pernah menjalinkan hubungan cinta, putus dan kembali bercinta sebelum putus semula pada Ogos 2019.
Sumber: Gempak