Video TikTok yang dimuat naik oleh Madan Suzali tular.
Menerusi video tersebut, seorang wanita menegur temannya yang sedang bersiap-siap untuk keluar.
Dalam video tersebut, wanita itu menyimpan gelang pink yang diberikan pihak hospital kepada pesakit yang positif Covid-19.
Wanita berkenaan menjawab dengan nada berjenaka dan mengatakan bahawa ia bukan gelang pink yang diberikan pihak hospital sebaliknya gelang emas adalah pemberian ibunya.
Wanita itu juga menjelaskan dalam video tidak ada yang tahu bahawa dirinya positif Covid-19 dan mendakwa teman yang merakam video juga turut membuka gelang pink tersebut.
Hasil siasatan polis mendapati kejadian berlaku di Kamunting, Taiping.
Difahamkan, polis berjaya mengesan wanita tersebut dan wanita itu dikompaun RM5,000.
Sumber: Limabelasmemes