Thursday, May 13, 2021

“Akhirnya.. Kan Senang Kalau Dari Awal PKP” – Nabila Huda

Hari ini kerajaan telah mengumumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilaksanakan di seluruh Malaysia bermula 12 Mei 2021 ini. Perkara ini mendapat pelbagai...
More

    Terkini

    Syarikat Telekomunikasi Beri Panggilan Percuma Kepada Semua Mulai 10 Malam Ini Hingga 10 Pagi Esok

    Syarikat telekomunikasi tempatan akan menyediakan panggilan percuma ke semua rangkaian dalam negara mulai 10 malam ini hingga 10 pagi esok iaitu pada hari pertama...

    Kuih Raya Paling Popular Yang Boleh Didapati Di Setiap Rumah

    Tidak lengkap rasanya sambutan hari raya Aidilfitri jika tidak dihidangkan kuih raya di atas meja. Aneka kuih raya sama ada tradisonal mahupun moden, pasti menjadi...

    Lagu Raya Paling Popular Sepanjang Zaman

    Selamat Hari Raya (Puan Sri Saloma) - Lagu raya paling popular sepanjang zaman. Siapa sahaja yang tidak tahu mengenai lagu ini. Dari kanak-kanak sehinggalah...

    Selebriti Tempatan & Rakyat Malaysia Bersolidariti Menentang Kekejaman Israel

    Hari ini kelihatan di media sosial para selebriti tempatan dan rakyat Malaysia rata-ratanya menunjukkan sokongan terhadap Palestine dan mengutuk serangan Israel. Masing-masing memuatnaik poster...

    Vanidah Imran pertahankan SMK Convent Bukit Nanas

    Pelakon Vanidah Imran melahirkan rasa tidak puas hati apabila pajakan bagi tanah Sekolah Menengah Convent Bukit Nanas (CBN) tidak akan diperbaharui selepas tarikh luputnya, iaitu pada 6 September tahun ini.

    Menerusi Instagram, Vanidah yang juga alumni sekolah tersebut berkata, Kuala Lumpur akan kehilangan satu lagi warisan sejarah jika diikutkan kerakusan sesetengah pihak yang tamak rebutkan tanah tersebut.

    “Kenapa? Pihak mana yang tamak sangat mahukan tanah itu? CBN ada surat sokongan daripada Kementerian Pendidikan. Jadi, saya tidak faham kenapa lesen pajakan tanah tidak dapat diperbaharui?

    “Seandainya CBN dirobohkan, Kuala Lumpur akan kehilangan sebuah lagi bangunan yang memiliki seni bina menarik. Kuala Lumpur bakal kehilangan dengan bangunan-bangunan bersejarah seperti Le Coq d’Or Mansion yang kini telah dibangunkan menjadi hotel.

    “Bangunan ikonik Penjara Pudu telah dirobohkan untuk dijadikan lokasi komersil mewah dan Tasputra Perkim (1987) milik Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang kini dibina sekolah antarabangsa, dan beberapa tempat lain lagi,” tulis Vanidah.

    Tambahnya, naratif negara perlu diubah agar menjadi sebuah negara yang banggakan identiti, budaya dan warisan sejarah tersendiri.

    Dipercayai, permohonan semakan kehakiman CBN untuk mencabar keputusan kerajaan itu telah berlangsung dan didengari oleh Mahkamah Tinggi.

    Dalam perkembangan lain, sebuah petisyen bertajuk ‘SAVE SMK CONVENT BUKIT NANAS’ telah dibuat. Sebanyak 25 ribu tandatangan diperlukan untuk menyokong sekolah tersebut mendapatkan pembaharuan pajakan.

    Sumber: Instagram Vanidah Imran dan Utusan Malaysia

    Latest Posts

    Syarikat Telekomunikasi Beri Panggilan Percuma Kepada Semua Mulai 10 Malam Ini Hingga 10 Pagi Esok

    Syarikat telekomunikasi tempatan akan menyediakan panggilan percuma ke semua rangkaian dalam negara mulai 10 malam ini hingga 10 pagi esok iaitu pada hari pertama...

    Kuih Raya Paling Popular Yang Boleh Didapati Di Setiap Rumah

    Tidak lengkap rasanya sambutan hari raya Aidilfitri jika tidak dihidangkan kuih raya di atas meja. Aneka kuih raya sama ada tradisonal mahupun moden, pasti menjadi...

    Lagu Raya Paling Popular Sepanjang Zaman

    Selamat Hari Raya (Puan Sri Saloma) - Lagu raya paling popular sepanjang zaman. Siapa sahaja yang tidak tahu mengenai lagu ini. Dari kanak-kanak sehinggalah...

    Selebriti Tempatan & Rakyat Malaysia Bersolidariti Menentang Kekejaman Israel

    Hari ini kelihatan di media sosial para selebriti tempatan dan rakyat Malaysia rata-ratanya menunjukkan sokongan terhadap Palestine dan mengutuk serangan Israel. Masing-masing memuatnaik poster...

    Gosip

    Giliran Nora Danish Pula Positif Covid-19, Kuarantin Diri Dalam Bilik

    Selepas aktres Tiz Zaqyah dilaporkan positif Covid-19, kini seorang lagi aktres popular, Nora Danish turut disahkan positif virus itu. Nora membuat pengumuman mengenai statusnya yang...

    Tiz Zaqyah Pula Positif Covid-19

    Seorang lagi selebriti tanah air telah dijangkiti wabak covid-19 iaitu aktres popular, Tiz Zaqyah. Tiz telah berkongsi tentang dirinya yang disahkan positif virus itu di...

    5 Selebriti Yang Pertama Kali Menyambut Hari Ibu

    Tahun ini Hari Ibu di Malaysia jatuh pada 9 Mei 2021. Hari Ibu di negara Kita dan beberapa negara lain di dunia disambut setiap...

    Suami Tasya Kamila Menghidap Kanser Limfoma

    Pelakon dari Indonesia, Tasya Kamila mendedahkan bahawa suaminya Randi Bachtiar kini sedang berjuang melawan penyakit kanser limfoma. Berita duka itu didedahkannya dalam satu hantaran...

    Scha Elinnea Beli Kereta Mercedes Benz Di Usia 21 Tahun

    Pelakon cantik dan seksi, Scha Elinnea berkongsi berita gembira mengenai dirinya yang berjaya membeli sebuah kerana Mercedes Benz di usia 21 tahun. Berita gembira itu...