Dermawan dna pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew hari ini telah memuatnaik sebuah foto beserta kapsyen yang panjang lebar di Instagramnya.
Tulis Ustaz Ebit di dalam kapsyen berkenaan, dia telah memaafkan semua yang telah menfitnah serta menglemparkan kata-kata makian kepadanya.
“Saya maafkan sesiapa sahaja yang telah menyakiti arwah ayah saya,bidadari saya, dan anak-anak saya. Saya maafkan semua. Kita semua sebuah keluarga sampai bila-bila. Saya maafkan kerana Allah“, tulisnya.
Tambahnya lagi, dia berpesan supaya semua umat bersatu hati dan sama-sama berdoa supaya Allah angkat musibah covid ini.
“Sedang kita berselisih begini ramai orang miskin dan anak yatim lapar. Ramai hilang kerja dan tempat tinggal. Tanyalah khabar jiran dan keluarga terdekat. Bila 2 orang berselisih keduanya tidak untung. Tapi yang untung ialah syaitan“, tulisnya.
Semalam Ustaz Ebit telah tampil membuat sesi ‘live’ di instagram bagi menjawab segala pertuduhan yang dilemparkan kepadanya mengenai kontroversi di Mesir dan Gaza.