Bermula dari 5 Mac 2021, kerajaan sudah membenarkan panggung wayang di Malaysia kembali beroperasi.
Oijom pasti, mesti ramai yang sudah tidak sabar-sabar untuk menonton filem di pawagam bersama rakan-rakan mahupun keluarga
Oijom senaraikan Top 5 filem-filem yang sedang ditayangkan di Malaysia bermula dari 5 Mac 2021 ;
Raya and The Last Dragon – Filem animasi terbitan Disney ini mengisahkan tentang suatu ketika dahulu manusia dan naga pernah tinggal bersama. Tetapi kemunculan raksasa bernama Druun telah memaksa naga untuk berkorban demi kehidupan manusia. Tetapi kini selepas 500 tahun raksasa yang sama kembali dan seorang pahlawan perlu mencari naga terakhir yang tinggal untuk menghalang Druun
Doraemon 2 Stand By Me – Filem yang dinanti-nantikan oleh peminat animasi Doraemon di seluruh dunia. Akhirnya anda bakal menyaksikan Nobita berkahwin dengan pujaan hatinya iaitu Shizuka.
Wonder Woman 1984 – Pernah ditayangkan pada Disember tahun lalu, namun tergendala gara-gara Perintah Kawalan Pergerakan. Tetapi filem ini kembali ditayangkan semula. Mengisahkan Diana yang dirundung kedukaan selepas kehilagan kekasihnya yang mati akibat pertempuran lalu. Diana mula membawa diri dan berkawan baik dengan rakan sekerjanya yang akhirnya menjadi musuh yang ingin menghapuskannya.
Master – Filem tamil lakonan Joseph Vijay ini mengisahkan tentang Vijay, seorang profesor kolej yang sering mabuk bersama pelajar-pelajarnya sehingga dibuang kerja. Selepass itu dia bekerja sebagai warden di rumah anak yatim dan mendapati anak-anak yatim di situ terlibat dengan dadah. Dia cuba mencari siapakah dalang disebalik masalah itu.
Endgame – Filem yang dibintangi Andy Lau ini mengisahkan seorang pelakon yang kurang bernasib baik telah bertemu dengan lelaki secara tidak sengaja dalam satu insiden sehingga menyebabkan lelaki berkenaan koma. Dia membuat keputusan untuk menukar identii dengan lelaki berkenaan tanpa mengetahu bahawa lelaki itu adalah seorang pembunuh upahan.