Penyanyi bersuara lantang yang juga anak kepada Perdana Menteri Malaysia, Najwa Mahiaddin dilihat sudah lama tidak mengemas kini hantaran terbaru di Instagramnya.
Kali terkakhir Najwa memuat naik foto adalah pada penghujung Januari lalu. Bagaimanapun netizen baru-baru ini menyerang ruangan komen di Instagram Najwa dan melepas marah serta rasa geram kepada penyanyi Got To Go itu.
Netizen mula menyerang Najwa sejak beberapa minggu yang lalu dan memberikan komen-komen yang sangat menyakitkan hati terhadap Najwa, ayahnya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan keluarga mereka.
Najwa bagaimanapun tidak memberikan respon namun menutup ruangan komen pada foto paling terkakhir yang dimuat naik.
Kesemua komen biadap itu adalah kerana tidak berpuas hati dengan kepimpinan PM menguruskan pentadbiran di saat pandemik ini. OiJom harap Najwa tabah dan kuat mengharungi dugaan ini.