Bagi yang mengikuti penyanyi kelahiran Singapura, Sufie Rashid, 30, di Instagram, pasti menyedari tentang pengumuman untuk menjual kereta jenis Audi S5 yang baru tiga tahu dimilikinya.
Sufie menghebahkan tentang hasrat untuk menjual keretanya menerusi hantaran di Instagram Story.
Memetik laporan mStar, Sufie berkata, dia memutuskan untuk menjual kereta tersebut kerana ingin mencari kenderaan yang lebih sesuai digunakan untuk rutin hariannya.
“Sudah tiga tahun menggunakan kereta ini, jadi saya nak jual sebab nak beli lain yang lagi baru, nak jaga lagi senang.
“Kereta ini tidak buat hal, sangat banyak berjasa selama tiga tahun. Kalau minor tu ada, tetapi bukan setiap bulan buat hal. Kereta continental memang high maintenance,” katanya.
Bagaimanapun, Sufie tidak memberitahu kereta jenis apa yang ingin dibeli bagi menggantikan keretanya yang sedia ada.
“Memang upgrade kereta, tetapi saya tidak mahu kongsi kereta apa kerana sekarang ini musim PKP, bimbang timbul kecaman pula,” katanya sambil mengakui bukan jenis individu yang gemar berkongsi.
Sumber: mStar
Sumber foto: Instagram Sufie Rashid
Artikel berkaitan: