Sunday, September 26, 2021

Zulin Aziz Dituduh Perli Siti Nordiana?

Penyanyi, Zulin Aziz meluahkan rasa kecewa kerana statement-nya disalah ertikan. Menerusi posting tersebut, Zulin menjelaskan ada pihak yang cuba memfitnah dirinya. Seakan-akan ada pihak...
More

    Terkini

    Suekhaizar Si Gadis Tik Tok Kini Bergelar Penyanyi Walaupun Dicaci

    Nama penyanyi remaja Suekhaizhar mula menjadi sebutan dalam kalangan pengguna laman sosial selepas lagu nyanyiannya, Aku Budak Girl dimainkan di aplikasi TikTok.

    Tanpa disangka, hantaran video yang dimuat naik itu menjadi tular apabila nyanyian Suekhaizhar, 17, atau nama sebenarnya Surul-an Khairul Azhar mendapat pelbagai kritikan.

    Tidak cukup dengan itu, kata-kata kesat dan caci maki yang dianggap keterlaluan dilemparkan kepada gadis kelahiran Lahad Datu, Sabah itu.

    Pun begitu, Suekhaizhar masih mampu menarik nafas lega apabila lirik video rasmi lagu Aku Budak Girl yang dimuat naik di saluran YouTube Zym Music sejak 28 Mei lalu mencecah hampir dua juta tontonan selain berada di kedudukan nombor dua carta trending.

    Bagi Suekhaizhar dia menerima setiap kritikan dan menjadikan ia peluang untuk memperbaiki dan memajukan diri pada masa akan datang terutama dalam kerjaya nyanyian yang baharu mula bertapak ini.

    “Pada mulanya saya hanya suka-suka di TikTok. Malah, video itu adalah untuk versi TikTok. Saya pun tidak menjangka dan tak tahu macam mana boleh tular. Malah, pelbagai kritikan dilemparkan.

    “Tipu kalau saya cakap tak sedih, tapi saya terima dengan hati terbuka. Diakui ada betulnya cakap mereka yang mana saya kena banyak majukan diri dari segi vokal. Saya sedar untuk menjadi penyanyi yang baik dan disegani, vokal memainkan peranan penting.

    “Cuma, kalau boleh jangan babitkan nama syarikat rakaman Zym Music. Nak caci maki saya seorang saja. Mereka tak bersalah pun sebab yang menyanyi adalah saya. Insya-Allah, saya terima dan ambil setiap kritikan mereka secara positif,” katanya.

    Bagi yang mengikuti perjalanan Suekhaizhar, dia juga pernah tular di TikTok apabila menyanyikan lagu Indonesia.

    Berkongsi mengenai lagu ciptaan sepenuhnya oleh Reyhan OAB itu, Suekhaizhar berkata dia mengambil masa sebulan untuk menyiapkan proses rakaman kerana perlu memberi tumpuan pada sesi persekolahan.

    “Lagu ini bergenre pop. Saya mulakan proses rakaman pada April lalu. Ini adalah single pertama dan kali pertama menjejakkan kaki ke studio. Pendek kata, ini adalah pengalaman pertama saya menjadi penyanyi profesional.

    “Diakui ia bukan mudah. Memang susah pada awalnya sehinggakan komposer pun marah sebab saya tak boleh nyanyi lagu ini. Tapi saya tetap berusaha juga. Namun, disebabkan saya masih bersekolah, jadi memang ambil masa lama nak siapkan.

    “Proses rakaman dibuat jika saya cuti sekolah. Mereka pun faham dan tidak mahu ganggu jadual saya. Dalam masa sama, saya juga belajar vokal. Itu yang sampai sebulan lamanya baru lagu ini dapat disiapkan sepenuhnya,” katanya.

    Apa yang pasti, Suekhaizhar yang kini menetap di Johor Bahru bersama keluarga optimis untuk melangkah lebih jauh dalam bidang nyanyian dan berharap dapat setanding dengan penyanyi terkenal tanah air yang lain.

    “Insya-Allah, tahun ini saya akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Dalam masa sama, saya kena bahagikan masa untuk kerjaya nyanyian. Walaupun sekarang musim pandemic dan tiada sebarang aktiviti persembahan dibenarkan, saya percaya ada hikmah di sebalik semua ini.

    “Jadi, kesempatan ini saya ambil untuk belajar vokal. Sekurang-kurangnya saya dapat perbaiki kelemahan diri. Insya-Allah jika diberi peluang saya nak sangat menyanyikan lagu ini secara langsung di kaca TV. Saya okay saja.

    “Semoga lagu ini membuka ruang dan peluang yang lebih besar kepada saya dalam industri muzik tanah air. Kepada yang menyokong saya terima kasih banyak. Kepada yang mengkritik juga terima kasih atas saranan diberikan,” katanya.

    Lagu Aku Budak Girl sudah boleh distrim di semua platform muzik digital sejak 28 Mei lalu.

    Latest Posts

    Gosip

    Zarina Anjoulie Dan Zoey Rahman Bercinta?

    Sejak kebelakangan ini, selebriti kontroversi, Zarina Anjoulie dilihat agak akrab dengan pelakon dan usahawan berwajah jambu iaitu Zoey Rahman. Mereka berdua dilihat sering berbual bersama...

    Positif Ganja, Bekas Ratu Cantik Tumbuk Polis?

    Bekas ratu cantik negara ditahan oleh pihak berkuasa selepas menumbuk anggota polis dan merempuh sekatan jalan raya (SJR) di Lebuhraya Persekutuan hari ini. Memetik laporan...

    Selebriti Wanita Popular Ditahan Polis, Sangkut Ujian Air Kencing?

    Selebriti media sosial yang dulunya seorang pelakon ditahan selepas didapati positif dadah jenis methamphetamine dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Chalet Nilai, Negeri...

    Suhaimi Saad Letak Jawatan Sebagai Penyanyi Nasyid

    Selebriti kontroversi, Suhaimi Saad yang merupakan bekas ahli kumpulan nasyid, In team hari ini mengumumkan meletak jawatan sebagai penyanyi nasyid. Suhaimi telah membuat pengumuman itu...

    Sufie Nak Jual Audi Miliknya Kerana Terlalu Susah Jaga?

    Bagi yang mengikuti penyanyi kelahiran Singapura, Sufie Rashid, 30, di Instagram, pasti menyedari tentang pengumuman untuk menjual kereta jenis Audi S5 yang baru tiga...