Wednesday, October 20, 2021

Zulin Aziz Dituduh Perli Siti Nordiana?

Penyanyi, Zulin Aziz meluahkan rasa kecewa kerana statement-nya disalah ertikan. Menerusi posting tersebut, Zulin menjelaskan ada pihak yang cuba memfitnah dirinya. Seakan-akan ada pihak...
More

    Terkini

    Sophia Zuhri Bakal Ikut Jejak Langkah Yuna?

    Tidak ramai penyanyi Melayu di Malaysia yang berani mempertaruhkan lagu Inggeris untuk debut kerjaya seni mereka. Namun tidak bagi penyanyi baru dan komposer muda berbakat besar, Sophia Zuhri.

    Sophia Zuhri melakukan kelainan daripada genre kebiasaan kepada gaya muzik lakuran (fusion) Britpop yang pastinya dapat memikat hati peminat pemuzik tanah air. 

    Di usia 17 tahun, Sophia telah menerbitkan single perdananya yang berjudul Game Of Charades. Sophia memulakan karier nyanyian dan penulisan lagunya seawal usia 14 tahun.

    Muzik sentiasa menjadi keutamaan bagi Sophia. Dengan kemahirannya bermain ukulele, Sophia menterjemahkan kehidupan sebenar melalui muzik.

    Sophia yang mempunyai karakter pemalu dan bersederhana itu lebih selesa untuk bercakap mengenai kerjaya berbanding dirinya.

    Selalunya saya akan menulis mengenai sesuatu situasi atau keadaan yang menyentuh perasaan saya, sama ada apa yang saya alami sendiri ataupun melalui pemerhatian di sekeliling.  Secara tidak langsung saya akan memetik ukulele dan mula menulis melodi atau menyanyikan lagu menerusi telefon bimbit,” kongsi gadis cantik ini.

    Minatnya dalam bidang muzik mempertemukan dia dengan komposer, penulis lirik dan penyanyi tersohor negara, Ajai. Ia nyata tidak mengambil masa lama untuk Ajai menerokai bakat besar gadis itu. 

    Di bawah kepakaran muzik yang dimiliki Ajai, mereka berdua berkongsi minat yang sama iaitu mengagumi pemuzik serta karya muzik yang hebat.

    Saya mahu dia memiliki vokal yang lebih baik berbanding dengan apa yang dimilikinya sekarang,” jelas Ajai.

    Sebagai penerbit , Ajai mengatakan bakat Sophia mengingatkan kepadanya ketika dia mula-mula menceburi industri muzik pada era 90-an.

    Saya dapat melihat diri saya dalam bakat Sophia. Sejujurnya, saya tidak menerbitkan lagu kepada semua orang, tetapi Sophia berbeza. 

    Dia memiliki kelasnya yang tersendiri dan membuatkan saya bersetuju untuk berkolaborasi,” kata Ajai.

    Kolaborasi magis Sophia-Ajai menghasilkan nukilan Game of Charades, dengan sentuhan Britpop edgy dan lagu ini mungkin akan menjadi lagu pilihan di aplikasi penstriman muzik Spotify anda! Lagu ini bercerita tentang ketidaksempurnaan manusia. Kita juga tidak boleh menilai orang lain hanya dengan penampilan mereka.

    Menerusi lagu Game Of Charades, Sophia berharap dapat berkongsi rasa dan pengalaman muziknya kepada para peminat di Malaysia. 

    Gadis yang bersekolah di United Kingdom ini juga menaruh harapan tinggi agar single tersebut menjadi batu loncatan buatnya mengembangkan kerjaya dalam bidang penulisan lagu, sekali gus menjadi individu yang disegani dalam industri.

    Game of Charades, diedarkan oleh Universal Music, merupakan single pertama dari album dengan lima lagu yang akan dilancarkan pada suku ke-3 2021.

    Tahniah Oijom ucapkan kepada Sophia Zuhri. Semoga Sophia dapat mengkuri kejayaan di bidang seni sama seperti penyanyi kebanggaan Malaysia yang lain seperti Yuna dan Zee Avi.

    Latest Posts

    Gosip

    Zarina Anjoulie Dan Zoey Rahman Bercinta?

    Sejak kebelakangan ini, selebriti kontroversi, Zarina Anjoulie dilihat agak akrab dengan pelakon dan usahawan berwajah jambu iaitu Zoey Rahman. Mereka berdua dilihat sering berbual bersama...

    Positif Ganja, Bekas Ratu Cantik Tumbuk Polis?

    Bekas ratu cantik negara ditahan oleh pihak berkuasa selepas menumbuk anggota polis dan merempuh sekatan jalan raya (SJR) di Lebuhraya Persekutuan hari ini. Memetik laporan...

    Selebriti Wanita Popular Ditahan Polis, Sangkut Ujian Air Kencing?

    Selebriti media sosial yang dulunya seorang pelakon ditahan selepas didapati positif dadah jenis methamphetamine dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Chalet Nilai, Negeri...

    Suhaimi Saad Letak Jawatan Sebagai Penyanyi Nasyid

    Selebriti kontroversi, Suhaimi Saad yang merupakan bekas ahli kumpulan nasyid, In team hari ini mengumumkan meletak jawatan sebagai penyanyi nasyid. Suhaimi telah membuat pengumuman itu...

    Sufie Nak Jual Audi Miliknya Kerana Terlalu Susah Jaga?

    Bagi yang mengikuti penyanyi kelahiran Singapura, Sufie Rashid, 30, di Instagram, pasti menyedari tentang pengumuman untuk menjual kereta jenis Audi S5 yang baru tiga...