Pelakon Korea Selatan Song Yoo-jung telah meninggal dunia. Pelakon tersebut berumur 26 tahun. Media Korea memetik agensinya, Sublime Artist Agency yang menyatakan: “Song Yu-jung meninggal pada 23 Januari.”
Bagaimanapun, agensi itu tidak menyatakan apa penyebab kematiannya. Song membuat debut drama TVnya dalam siri Golden Rainbow (2014). Dia telah berlakon dalam dua siri lain sejak itu, Make Your Wish (2014) dan School 2017 (2017).
Model ini juga muncul dalam video muzik Goodbye Road iKON.
Pengebumian aktres itu akan berlangsung pada 25 Januari, bermula jam 1:30 petang, waktu Korea Selatan.
Menurut Star Today, bilik mayat telah disiapkan di ruang pengebumian cawangan Gangnam di Pusat Perubatan Seoul.
Song Yoo Jung memulakan kerjayanya sebagai model jenama kosmetik sebelum dia menjadi pelakon.