Radio ERA hari ini mengumumkan Sherry Alhadad kini bergelar penyampai radio popular itu. Sherry merupakan gandingan terbaharu segmen pagi ERA yang diberi nama ‘JoHaRaRy Pagi ERA’ bersama Johan, Haniff, Ray dan Sherry.
Menurut Pengurus Kandungan ERA, Erman Zaki, pihak ERA sangat teruja dengan gandingan baru ini. “Dengan pengalaman Sherry sebagai seorang pelawak, pelakon dan pengacara TV tempatan, peminat-peminat ERA boleh menantikan segmen pagi yang memang ‘Ekstra Mantul’ dengan keserasian bersama personaliti-personaliti yang sedia ada. Kami berterima kasih kepada semua peminat ERA atas sokongan mereka yang menjayakan radio ERA sebagai jenama radio No. 1 di Malaysia dan sentiasa berusaha untuk menawarkan kandungan yang relevan dan menghiburkan buat demografik peminat-peminat ERA”, katanya.
- Selain penambahan personaliti baharu di ERA, para peminat juga boleh terus berhibur dan menikmati pengisian menarik bersama ‘JoHaRaRy Pagi ERA’, pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 pagi hingga 10 pagi seperti:
- Sketsa JoHaRaRy, para peminat boleh berhibur dan bergelak ketawa dengan pelbagai sketsa atau cerita yang dilakonkan oleh Johan, Hanif, Ray dan Sherry.
- Spontan ERA, di mana para peminat dapat berinteraksi bersama JoHaRaRy dengan permainan menarik seperti pantun dua kerat, soal-menyoal dan ayat penyata.
- Sam Leper, di mana babak lakonan tentang Sam Leper, seorang ‘King of Motorsport’, membincangkan hal-hal motorsikal dengan penuh lawak jenaka.
Segmen baharu ‘JoHaRaRy Pagi ERA’ akan menemui para peminat ERA secara rasminya bermula 1 Mac, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 pagi hingga 10 pagi.