Pelakon sensasi, Sharifah Sakinah membuat pengakuan bahawa dia sudah bertunang dengan kekasihnya Michael Hansen yang berasal dari Sweden pada Disember tahun lalu.
Menurut Sakinah, majlis pertunangan itu diadakan dengan cara sederhana dan hanya dihadiri oleh keluarga.
Pelakon drama Aku Yang Gelar Isteri ini merancang untuk mengakhiri zaman jandanya pada Mei 2021 jika keadaan mengizinkan.
“Perancangan pada 28 Mei nanti tapi tak pasti lagi sebab keadaan Covid-19. Lepas tu keluarga belah sana (Sweden) nak datang sini kena kuarantin lagi.
“Keluarga saya nak kena sana pula tak dibenarkan. Boleh nak nikah sekarang tetapi saya tidak mahu buat secara virtual”, jelasnya.
Oijom doakan semoga segalanya dipermudahkan buat Sakinah dan Michael.
Sumber : Kosmo Online