Macam-macam perangai manusia yang kadang kala tak tercapai dek akal memikirkannya. Itulah yang terjadi kepada Sharifah Sakinah apabila ada lelaki misteri menghantar mesej di Instagram meminta yang bukan-bukan daripadanya.
Sakinah berkongsi di Instagramnya terdapat seorang lelaki yang meminta untuk menghidu bau stokingnya. Menurut Sakinah, lelaki itu kerap membalas IG storynya dan bertanyakan soalan ‘busuk tak stokin’ sejak Julai tahun lalu.
Tambah Sakinah dia tidak pernah membalas mesej lelaki itu tetapi akhirnya dia membuat keputusan untuk memuat naik video direct message daripada lelaki itu.
Pemenang DM instagram jatuh kwpada @xxxxxxx . Dari july sebenarnya dia tanya busuk tak stokin. Tak putus asa walaupun takreply. Tahniah
Rata-rata netizen yang komen berpendapat ada lelaki yang ghairah pada sesuatu yang pelik contohnya seperti menghidu stoking. Difahamkan dengan menghidu stoking busuk, ia mambuatkan lelaki itu ghairah.
Tidak apa yang pelik sebenarnya apabila melibatkan nafsu dalam kalangan manusia. Menjijikkan! Tindakan Sakinah ini sebenarnya tepat kerana individu seperti ini mungkin merasakan apa yang mereka lakukan itu tidak salah. Good job Sakinah, keep calling them out!