Sunday, September 24, 2023

Zulin Aziz Dituduh Perli Siti Nordiana?

Penyanyi, Zulin Aziz meluahkan rasa kecewa kerana statement-nya disalah ertikan. Menerusi posting tersebut, Zulin menjelaskan ada pihak yang cuba memfitnah dirinya. Seakan-akan ada pihak...
More

    Terkini

    Rumusan Pendedahan Ustaz Ebit Lew – Pergi Guna Duit Sendiri, Tak Tahu Tentang HALA, Minta Nadir Tunjuk Resit RM20 Juta, Blok Caprice Sebab…

    Hari ini penantian rakyat Malaysia untuk menyaksikan Ustaz Ebit Lew menjawab segala persoalan serta tuduhan yang dilemparkan kepadanya telah pun tertunai.

    Menerusi sesi ‘Live’ di akaun rasmi Instagram Ustaz Ebit yang ditonton oleh lebih dari 300 ribu penonton, dia telah menjawab satu persatu tuduhan yang telah dilemparkan kepadanya oleh Caprice dan Nadir Al Nuri.

    Antaranya adalah tentang duit yang dibawa ke Gaza sebenarnya adalah duit Ustaz Ebit sendiri bersama beberapa orang rakannya yang tidak mahu nama mereka didedahkan, bukannya menggunakan duit derma orang ramai.

    Kata Ustaz Ebit, dia tidak pernah membuka tabung derma Palestin sama sekali selama ini.

    Segala urusan derma rakyat Malaysia untuk tabung Palestin yang dikendalikan oleh NGO diuruskan oleh Nadir Al Nuri yang dikatakan sebanyak RM20 juta setahun.

    Ustaz Ebit turut meminta supaya Nadir mengemukakan resit serta bukti ke mana hasil kutipan derma itu disalurkan.

    Selain itu, Ustaz Ebit turut menjawab tuduhan dia memasuki Gaza dengan membayar dengan jumlah yang mahal sehingga beratus ribu melalui syarikat HALA.

    Jelas Ustaz Ebit, dia sama sekali tidak tahu tentang syarikat itu, malah dia telah menemui satu syarikat yang menawarkan bayaran yang jauh lebih murah untuk mereka masuk ke Gaza.

    Ustaz Ebit turut menjelaskan kenapa dia telah menyekat akau Instagram Caprice. Katanya, Caprice telah menghantar mesej memarahinya tentang video yang dimuatnaik Ustaz Ebit selepas melawat ayahnya yang nazak di hospital. Caprice juga telah menghantar mesej kepada kerajaan mengenai Ustaz Ebit sehingga akhirnya Ustaz Ebit disiasat.

    Disebabkan fitnah yang dilemparkan kepadanya, dia menerima banyak mesej termasuk yang menghantar mesej kepada anaknya menggelarnya sebagai babi, dajjal, penunggang agama dan sebagainya.

    Bagi anda yang terlepas untuk menonton penjelasan Ustaz Ebit selama 1 jam setengah, and aboleh tonton di Instagram Ustaz Ebit Lew.

    Latest Posts

    Gosip

    Zarina Anjoulie Dan Zoey Rahman Bercinta?

    Sejak kebelakangan ini, selebriti kontroversi, Zarina Anjoulie dilihat agak akrab dengan pelakon dan usahawan berwajah jambu iaitu Zoey Rahman. Mereka berdua dilihat sering berbual bersama...

    Positif Ganja, Bekas Ratu Cantik Tumbuk Polis?

    Bekas ratu cantik negara ditahan oleh pihak berkuasa selepas menumbuk anggota polis dan merempuh sekatan jalan raya (SJR) di Lebuhraya Persekutuan hari ini. Memetik laporan...

    Selebriti Wanita Popular Ditahan Polis, Sangkut Ujian Air Kencing?

    Selebriti media sosial yang dulunya seorang pelakon ditahan selepas didapati positif dadah jenis methamphetamine dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Chalet Nilai, Negeri...

    Suhaimi Saad Letak Jawatan Sebagai Penyanyi Nasyid

    Selebriti kontroversi, Suhaimi Saad yang merupakan bekas ahli kumpulan nasyid, In team hari ini mengumumkan meletak jawatan sebagai penyanyi nasyid. Suhaimi telah membuat pengumuman itu...

    Sufie Nak Jual Audi Miliknya Kerana Terlalu Susah Jaga?

    Bagi yang mengikuti penyanyi kelahiran Singapura, Sufie Rashid, 30, di Instagram, pasti menyedari tentang pengumuman untuk menjual kereta jenis Audi S5 yang baru tiga...