Wah, anggota kumpulan BLACKPINK, Rosé dapat hadiah istimewa daripada John Mayer!
Masihkah anda ingat apablila Rosé menyanyikan semula lagu John iaitu Slow Dancing in a Burning Room menerusi rancangan Sea of Hope?
Ketika itu, John sendiri memberi pujian terhadap Rosé menerusi satu ciapan di Twitter.
Siapa sangka, sebulan kemudian, Rosé menerima sebuah gitar berwarna merah jambu yang dihadiahkan oleh John.
Hal itu dikongsikan sendiri oleh Rosé meneryusi Instagram Storynya.
“Hidup sudah lengkap. Terima kasih,” tulisnya sambil meletakkan tag nama John Mayar pada Instagram Story berkenaan.
Dalam pada itu, John turut menyertakan sekeping nota yang terisi ucapan terima kasih.
“Rosé, saya sepatutnya berterima kasih kepada kamu! (Jadi terima kasih.) – John.”
Sumber: Instagram Rosé