Tuesday, July 27, 2021

Nazrief Nazri Bergelar Bapa

Nazrief Nazri kini telah bergelar bapa, pelakon ini mengakui bahawa amat sukar untuk menggambarkan perasaannya pada ketika in apabila dia sudah menjadi seorang...
More

    Terkini

    Siti Sarah, Shuib Sekeluarga Disahkan Positif Covid-19

    Risau Dengan Bayi Dalam Kandungan

    Siti Nordiana Buat Laporan Polis Selepas Difitnah?

    Selepas dilemparkan dengan pelbagai tuduhan oleh rakan-rakan artis, Siti Nordiana tampil membuat laporan polis. Laporan polis berkenaan dibuat di IPD Cheras pada pujkul 9.42 pagi...

    Fattah Amin Mahu Hamba Jadi Penawar Tatkala Pandemik

    Kembali dengan single baharu berjudul Hamba, pelakon dan penyanyi Fattah Amin menjadikan untaian indah ciptaan Hafiz Hamidun dan Mel Ramlan itu sebagai ubat yang...

    Rayuan Bekas Suami Ziana Zain Ketepi Hukuman Penjara Didengar 15 September

    Rayuan Armin Zaharin Ahmad Zambri, suami kepada penyanyi popular Ziana Zain untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara lapan bulan kerana merotan tangan anak lelakinya, akan didengar di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 15 Sept depan.

    Memetik laporan Bernama, Timbalan Pendakwa Raya Shukor Abu Bakar berkata rayuan tersebut akan didengar di hadapan Hakim Hasbullah Adam. 

    “Mahkamah memerintahkan pihak pendakwaan selaku responden dan perayu (Armin Zaharin) memfailkan hujahan masing-masing pada atau sebelum tarikh pendengaran,” katanya.

    Sementara itu, Amir Farid Mohd Nawawi selaku peguam yang mewakili Armin Zaharin mengesahkan perkara berkenaan.

    Armin Zaharin, 56, memfailkan petisyen rayuan di Mahkamah Tinggi pada 4 Jan lepas terhadap sabitan dan hukuman yang diputuskan oleh Mahkamah Majistret pada 28 Sept tahun lepas.

    Majistret Sabreena Bakar @ Bahari menjatuhkan hukuman penjara lapan bulan selepas mendapati Armin Zaharin bersalah atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan luka dan lebam di bahagian tangan anak lelakinya, yang berumur sembilan tahun (ketika kejadian) menggunakan sebatang rotan di sebuah rumah di Denai Alam, Shah Alam, Selangor antara 8 malam dan 10.30 malam pada 24 Feb 2018.

    Bapa kepada empat cahaya mata itu didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya.

    Sabreena bagaimanapun membenarkan pelaksanaan hukuman terhadap Armin Zaharin ditangguhkan sehingga proses rayuan selesai namun menaikkan jumlah jaminan daripada RM5,000 kepada RM8,000.

    Armin Zaharin ditangkap pada 2 Mac 2018 selepas Ziana, 53, atau nama sebenarnya Siti Roziana Zin, membuat laporan polis pada 27 Feb 2018.

    Ziana dan Armin Zaharin, sah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 12 Julai 2018.

    Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 9 Mei 1998 dan dikurniakan tiga anak lelaki dan seorang perempuan, berumur lingkungan 11 hingga 20 tahun.

    Sumber: Bernama

    Latest Posts

    Siti Sarah, Shuib Sekeluarga Disahkan Positif Covid-19

    Risau Dengan Bayi Dalam Kandungan

    KJ Benarkan Rakam Video Ketika Disuntik Vaksin, Elak Isu Suntikan Kosong Berlaku!

    Petugas Kesihatan Perlu Tunjuk Vaksin Picagar

    Penyokong Sumbang Lebih RM700K, Bantu Bayar Jaminan Untuk Syed Saddiq

    Terharu Jumlah Sumbangan Melebihi Jumlah Jaminan

    Gosip

    Zarina Anjoulie Dan Zoey Rahman Bercinta?

    Sejak kebelakangan ini, selebriti kontroversi, Zarina Anjoulie dilihat agak akrab dengan pelakon dan usahawan berwajah jambu iaitu Zoey Rahman. Mereka berdua dilihat sering berbual bersama...

    Positif Ganja, Bekas Ratu Cantik Tumbuk Polis?

    Bekas ratu cantik negara ditahan oleh pihak berkuasa selepas menumbuk anggota polis dan merempuh sekatan jalan raya (SJR) di Lebuhraya Persekutuan hari ini. Memetik laporan...

    Selebriti Wanita Popular Ditahan Polis, Sangkut Ujian Air Kencing?

    Selebriti media sosial yang dulunya seorang pelakon ditahan selepas didapati positif dadah jenis methamphetamine dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Chalet Nilai, Negeri...

    Suhaimi Saad Letak Jawatan Sebagai Penyanyi Nasyid

    Selebriti kontroversi, Suhaimi Saad yang merupakan bekas ahli kumpulan nasyid, In team hari ini mengumumkan meletak jawatan sebagai penyanyi nasyid. Suhaimi telah membuat pengumuman itu...

    Sufie Nak Jual Audi Miliknya Kerana Terlalu Susah Jaga?

    Bagi yang mengikuti penyanyi kelahiran Singapura, Sufie Rashid, 30, di Instagram, pasti menyedari tentang pengumuman untuk menjual kereta jenis Audi S5 yang baru tiga...