Monday, June 21, 2021

Arwah Nenek Dijangkiti COVID-19 Ketika Berada Di Hospital, Elfira Loy Akui Terkilan

Pelakon Elfira Loy berkongsi mengenai kisah di sebalik pemergian neneknya, Siti Rokiyah Saad di Instagram. Menerusi hantaran terkini yang dimuat naik, Elfira berkata, dia berasa...
More

    Terkini

    Konsert Virtual Def Jam SEA X COACH Satukan Fesyen Dan Muzik

    Coach mempersembahkan pengalaman konsert maya bersama Dej Jam SEA, sekaligus merupakan konsert maya pertama yang bakal diadakan di rantau Asia Tenggara. Acara konsert bakal...

    “Jangan Bandingkan I Dengan Lelaki Sampah” – Idris Khan

    Pelakon kacak ,Idris Khan meminta supaya salah seorang pengikutnya di Instagram supaya tidak membandingkannya dengan lelaki sampah. Menerusi ruangan' ask me question' di Insta Story,...

    Yunos Laith Bin Yusry , Nama Anak Ketiga Datin Lisa Surihani

    Umum mengetahui pelakon popular, datin Lisa Surihani telah selamat melahirkan cahaya mata ketiga pada 15 Jun yang lalu. Hari ini, Datin Lisa telah mengumumkan nama...

    Gaya Rambut Terbaru Arjun Rampal Bikin Ramai Jatuh Cinta

    Baru-baru ini pelakon kacak dari Bollywood iaitu Arjun rampal telah memuatnaik beberapa keping foto gaya rambut terbarunya. Arjun dilihat telah mewarnakan rambutnya daripada warna hitam...

    Rakyat Malaysia di Hong Kong lewati Ramadan dalam pandemik

    Sama seperti penganut agama Islam di seluruh dunia, sekitar 300,000 umat Islam di Hong Kong menjalankan ibadah di bulan suci Ramadan. Sebagai sebuah bandar metropolitan yang menghargai kepelbagaian, Hong Kong menyediakan banyak pilihan tempat makan dan kedai halal untuk umat Islam dan pelancong tempatan. Bandar moden ini juga mempunyai empat masjid besar iaitu Masjid Kowloon, Masjid Al Ammar, Masjid Jamie dan Masjid Chai Wan; serta tempat-tempat ibadat yang lebih kecil.

    Kebiasaannya, rutin masyarakat Islam pada bulan Ramadan di sini termasuklah berkumpul untuk solat Tarawih khususnya di masjid, berbuka puasa bersama di masjid di mana para jemaah akan membawa makanan dan barang keperluan untuk dikongsi dalam kalangan masyarakat.

    Kapasti jemaah di masjid

    Bagaimanapun, Ketua Imam di Hong Kong, Muhammad Arshad berkata, suasana Ramadan telah berubah sejak pandemik melanda tahun lalu. Masjid telah ditutup selama kira-kira separuh daripada Ramadan pada tahun lepas. Disebabkan oleh langkah-langkah keselamatan, jemaah dikehendaki menjaga penjarakan sosial dan memakai pelitup muka semasa solat di masjid.

    Ketua Imam di Hong Kong, Muhammad Arshad berkata, suasana beribadah di masjid berubah sejak tahun lalu

    “Malah, Ramadan tahun lepas dan tahun ini amat berbeza sekali berbanding Ramadan sebelumnya. Walaupun kami masih mengerjakan solat Tarawih, langkah-langkah penjarakan sosial dan keselamatan dilaksanakan, kami tidak menganjurkan perhimpunan bersama untuk berbuka puasa, tidak seperti tahun-tahun sebelumnya di mana para jemaah akan membawa makanan dan minuman untuk dikongsi dengan masyarakat.

    “Sebelum pendemik melanda, seramai 1,500 hingga 2,000 orang akan berkumpul di Masjid Kowloon. Tetapi kini, kami hanya solat dengan kakitangan masjid sahaja,” ujar beliau.

    Makanan halal

    Pandemik juga telah memberi kesan kepada kedai makan halal di Hong Kong dan mengubah strategi perniagaan restoran pada bulan Ramadan.

    Restoran Ma antara restoran masakan Cina halal yang popular di Hong Kong

    Restoran Ma merupakan restoran masakan Cina halal yang popular dalam kalangan umat Islam di sana. Hidangan seperti mi daging lembu Shanghai, sup pedas, stew daging anak lembu dan variasi dimsum menjadi pilihan pelanggan apabila singgah ke restoran berkenaan.

    Sebelum pandemik melanda, pelanggan perlu membuat pesanan makanan terlebih dahulu apabila mereka pergi ke restoran Ma untuk Iftar.

    “Disebabkan oleh sekatan perjalanan dan masalah kesihatan sekarang, keadaan di kedai tidak lagi sibuk dan kebanyakan orang berasa lebih selamat untuk makan di rumah.

    “Kami mula memberi lebih tumpuan kepada penghantaran makanan melalui pihak ketiga dan pengambilan sendiri kerana pelanggan kami berasa lebih selesa menikmati makanan mereka di kediaman peribadi,” ujar Ma, pemilik Restoran Ma.

    Kenangan

    Pelanggan setia restoran Ma di Sham Shui Po, Anisha Parvin yang berasal dari Malaysia gemar memesan dimsum dari Restoran Ma untuk berbuka puasa bersama suami dan dua orang anaknya.

    Sejak berpindah ke Hong Kong 12 tahun selepas mendirikan rumah tangga dengan suaminya, seorang warganegara Hong Kong, Anisha telah beberapa kali menjalani ibadah Ramadan di Hong Kong. Hal ini kerana dia, tidak berkesempatan untuk pulang ke Malaysia setiap tahun.

    Mengenang kembali sebelum wabak COVID-19 melanda dunia, Anisha berkata, masjid Kowloon di Tsim Sha Tsui memberikan makanan percuma pada bulan Ramadan. Mereka menyediakan bubur panas, samosa dan jus pada waktu berbuka.

    Menurut Anisha, keadaan masjid akan menjadi sangat sesak, dan orang ramai pergi lebih awal untuk mengambil makanan mereka.

    Hidangan kegemaran Anisha yang dipesan daripada Restoran Ma

    “Kadang-kadang, kami pergi ke Masjid al Amar di Wan Chai untuk berbuka puasa. Mereka menawarkan makanan percuma kepada semua umat Islam untuk berbuka puasa,” katanya sambil mengimbau kembali kenangan manis menjalani ibadah puasa di Hong Kong.

    Selain Restoran Ma, Anisha juga sering mengunjungi Pusat Kantin Islam di Masjid al Amar untuk menikmati hidangan dimsum di sana. Namun, disebabkan pandemik, Anisha dan keluarganya kini berbuka puasa di rumah.

    “Dalam tempoh 10 tahun yang lalu, ketersediaan makanan dan bahan halal telah meningkat dengan ketara. Sekarang, kami boleh mendapatkan banyak barangan halal dari Malaysia atau Indonesia, jadi kami boleh memasak semuanya dengan mudah di rumah,” kata Anisha yang biasanya mendapatkan ayam dan daging merah halal di pasar Tsim Sha Tsui, dan ikan serta sayur-sayuran dari pasar Tseung Kwan O atau pasar Sheung Tak.

    Sementara itu, seorang lagi rakyat Malaysia yang menetap di sana, Muzzil Qayyum Khairat berkongsi yang dia sering mengunjungi kedai makanan dan minuman halal di seluruh Hong Kong apabila dia berpindah ke Hong Kong atas alasan kerja pada tahun 2019.

    Berpindah ke Hong Kong sejak 2019, Qayyum betah tinggal di sana

    Terdapat beberapa tempat makan halal di seluruh Hong Kong tetapi makanan Cina halal yang terkenal (berbanding dengan makanan halal Turki atau Asia Selatan) adalah Makanan Islam di Bandar Kowloon dan Pusat Kantin Islam di Wan Chai.

    “Saya pernah membawa seorang rakan bukan Islam untuk makan di kantin di Wan Chai dan menurut dia dimsum di situ merupakan yang terbaik di bandar, apatah lagi dengan harga yang sangat berpatutan,” katanya.

    Sebagai seorang yang aktif dan mementingkan kesihatan, Muzzil biasanya memasak makanan sendiri.

    “Saya mendapatkan daging halal daripada kedai runcit halal di Cheung Sha Wan atau Sham Shui Po yang sering saya kunjungi sejak tahun 2019,” kongsi Muzzil.

    Walaupun bahan makanan dan restoran halal senang dijumpai di seluruh Hong Kong, Anisha and Muzzil masih merindui Malaysia kerana Ramadan dan Hari Raya adalah sambutan sekeluarga dan kedua-dua keluarga mereka masih berada di Malaysia.

    Pandemik atau tidak, oleh kerana mereka berada jauh di perantauan, kedua-dua Anisha dan Muzzil berkongsi bahawa mereka sering membuat panggilan video dengan keluarga mereka di Malaysia sepanjang bulan Ramadan, dan juga pada hari Raya pertama.

    Anisha, bersama keluarganya di Hong Kong, biasanya pergi ke Masjid Kowloon untuk solat Raya mereka.

    “Dahulu terdapat tiga sesi solat kerana jemaah terlalu ramai. Semua umat Islam di Hong Kong akan berkumpul di sini, jadi anda boleh bayangkan pemandangan umat Islam yang menggayakan pakaian baharu berkumpul di bawah satu bumbung. Saya suka melihatnya,” katanya lagi.

    Walaupun ada amalan tertentu telah berubah, Ketua Imam Arshad berkongsi bahawa Ramadan adalah bulan yang menuntut umat Islam untuk bersatu melangkaui agama, tetapi dengan umat manusia secara keseluruhan.

    “Cabaran yang datang dengan pandemik ini telah menyatukan kita semua bersama untuk mempertahankan diri tanpa mengira warna kulit, kepercayaan dan negara. Ramadan mengajar kita berdisiplin, bertanggungjawab dengan diri sendiri dan menjaga orang lain, jadi tidak ada masa yang lebih baik untuk mempraktikkannya daripada bulan suci ini.”

    Latest Posts

    Konsert Virtual Def Jam SEA X COACH Satukan Fesyen Dan Muzik

    Coach mempersembahkan pengalaman konsert maya bersama Dej Jam SEA, sekaligus merupakan konsert maya pertama yang bakal diadakan di rantau Asia Tenggara. Acara konsert bakal...

    “Jangan Bandingkan I Dengan Lelaki Sampah” – Idris Khan

    Pelakon kacak ,Idris Khan meminta supaya salah seorang pengikutnya di Instagram supaya tidak membandingkannya dengan lelaki sampah. Menerusi ruangan' ask me question' di Insta Story,...

    Cha Eun Woo Dan Shin Sung Rok Ucap Selamat Tinggal Pada Master In The House

    Pelakon terkenal Korea Selatan iaitu Cha Eun Woo dan Shin Sung Rok telah mengucapkan selamat tinggal kepada rancangan popular, Master In The House....

    Israel Bersedia Jalin Hubungan Dengan Malaysia, Indonesia & Brunei

    Umum mengetahui bahawa Malaysia dan Israel tidak pernah menjalin sebarang hubungan diplomatik. Malah Malaysia juga tidak pernah mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara. Kekejaman yang dilakukan...

    Gosip

    Suhaimi Saad Letak Jawatan Sebagai Penyanyi Nasyid

    Selebriti kontroversi, Suhaimi Saad yang merupakan bekas ahli kumpulan nasyid, In team hari ini mengumumkan meletak jawatan sebagai penyanyi nasyid. Suhaimi telah membuat pengumuman itu...

    Sufie Nak Jual Audi Miliknya Kerana Terlalu Susah Jaga?

    Bagi yang mengikuti penyanyi kelahiran Singapura, Sufie Rashid, 30, di Instagram, pasti menyedari tentang pengumuman untuk menjual kereta jenis Audi S5 yang baru tiga...

    Dini Hadiahkan Janna Vespa Berharga RM17,000?

    Bertuah betul Janna Nick ya! Ketika meraikan ulang tahun yang ke-26 semalam, Janna menerima kejutan daripada kekasihnya, Dini Schatzmann. Menerusi video yang dimuat naik, Dini...

    Nabila Huda Kasihan Lihat Pelakon Instafamous Dicerca

    Sejak kebelakangan ini, isu pengambilan selebriti media sosial atau Instafamous sebagai pelakon hangat diperkatakan. Baik netizen mahupun penggiat seni, masing-masing punya pendapat mengenai trend...

    Afgan Sambut Hari Jadi Bertemakan Millennium

    Penyanyi terkenal Indonesia, Afgan telah menyambut hari lahirnya dalam satu acara parti bertemakan Millennium tahun 2000. Foto-foto di majlis hari jadi itu telah dikongsikan...