Rasanya ramai yang sudah tahu bahawa rumah tangga pelakon cantik, Puteri Sarah dan suaminya pengarah terkenal, Syamsul Yusof pernah dilanda badai.
Namun kini mereka berdua difahamkan sudah menemui jalan penyelesaian dalam kemelut rumah tangga mereka.
Terbaru menerusi hantaran di Instagram Story Puteri Sarah, dia menyelar individu yang berselindung di sebalik akaun palsu yang didakwa tidak senang melihat dirinya dan suami berbaik.
Tulis Sarah lagi, individu berkenaan turut mengacau ibu mertua, adik ipar, kawan serta stokis perniagaan Puteri Sarah.
Sarah juga memberi amaran untuk membuat laporan polis sekali lagi dan meminta supaya individu itu pergi berubat.
Aduh memang banyak dugaan yang perlu ditempuhi oleh Puteri Sarah dan Syamsul. Semoga mereka berdua kuat menepis anasir-anasir jahat yang cuba meruntuhkan rumahtangga mereka.