Kesian PU Riz, diasak dengan pelbagai soalan apabila ditanya tentang hubungan bersama Neelofa.
Tak dinafikan mungkin kerana rimas, PU Riz terpaksa private akaun Instagram-nya selepas gosip ini melanda.
Pastinya gosip, kehadiran PU Riz ke majlis pernikahan adik usahawan itu menjadi tanda tanya.
Ini jawapan PU Riz apabila asyik diasak soalan gosip antara dia dan Neelofa.
Tampil menjawab spekulasi tersebut, kata PU Riz keberadaannya di majlis tersebut sekadar untuk memenuhi undangan untuk membacakan doa.
“Ni depa nak pekena, saya cuma diminta dia (Neelofa) untuk membacakan doa saja,” jelasnya.
Terdahulu, desas-desus mengenai hubungan rapat Neelofa dan PU Riz pula diperkatakan netizen apabila kedua-duanya sering dilihat bersama sejak Ramadan lalu.
Namun, perkara itu dinafikan kedua-duanya dan menyifatkan mereka berjumpa atas dasar kerja.
https://oijom.com/hubungan-pu-riz-neelofa-makin-serius-hadir-majlis-pernikahan-adik-neelofa/
Sumber: Gempak