Thursday, April 22, 2021

Nash kongsi keadaannya selepas terlibat kemalangan

Penyanyi Datuk Nash atau nama sebenarnya Jamaluddin Elias, 62, berkongsi mengenai keadaannya yang kini beransur pulih selepas terlibat dalam satu kemalangan di KM250.8 Lebuhraya...
More

    Terkini

    Mengalami gangguan bipolar, Janna Nick mengaku pernah cuba bunuh diri

    Menerusi hantaran terkini di Instagram, dramatis popular, Janna Nick mengaku yang dirinya kini menghidap gangguan bipolar. Janna berkata, dia telah didiagnosis secara klinikal dan kini...

    Datuk Awie Bakal Menghiburkan Peminat Dalam Showcase Istimewa Sempena Bulan Ramadan

    Setelah lebih setahun tidak bertemu dengan peminat, penyanyi rock terkemuka tanah air, Datuk Awie tidak sabar untuk mengubati kerinduan mereka menerusi Showcase Datuk Awie...

    Ezad Lazim muncul dengan single hip-hop kerohanian berjudul Cahaya

    Suatu ketika dahulu, nama Ezad Lazim cukup dikenali sebagai vokalis kumpulan Exists. Namun, selepas meninggalkan kumpulan tersebut pada 2007 dan kemudiannya menyertai program nyanyian...

    Bapa Azlan Typewriter Meninggal Dunia Akibat Covid-19, Terkilan Hanya Dapat Melihat Detik Terakhir Menerusi Panggilan Video

    Selepas tiga minggu tenat bertarung nyawa melawan jangkitan Covid-19, bapa kepada penyanyi Azlan Typewriter, Sallehudin Che Ani disahkan meninggal dunia pada petang Khamis. Allahyarham yang...

    Projek : Anchor SPM Tak Tiru Filem Bad Genius

    Drama bersiri terbaru Astro Originals yang berjudul Projek : Anchor SPM bakal disiarkan di saluran Astro Citra bermula 15 Mac 2021 ini.

    Belum pun ditayangkan, drama bersiri ini sudah menjadi bualan ramai kerana dikatakan cuba meniru filem popular dari Thailand iaitu Bad Genius.

    Menurut penulis skrip dan pengarah drama ini iaitu Anwari Ashraf, dia menyangkal dakwaan bahawa drama hasil tulisannya ini adalah sama dengan filem Bad Genius.

    “Saya dengan selesa boleh menjawab bahawa tidak sama sekali. Salah satu perbezaan terbesar di antara dua cerita ini adalah genrenya sendiri. Projek : Anchor SPM bergenre ‘young adult’. Bil genre berbeza, cerita pun akan berbeza.

    Ya mungkin ada persamaan dari segi babak di dalam dewan peperiksaan. Tapi saya yakin, kalau penonton memberi peluang untuk menonton Projek : Anchor SPM, mereka akan susah untuk samakan kedua-dua cerita ini”, jelasnya ketika sidang media secara ‘virtual’.

    Drama bersiri ini dibintangi oleh pelakon-pelakon popular seperti Aedy Ashraf, Daiyan Trisha, Chubb E, Nadhir Nassar, Shasha Abedul, Adlin Aman Ramlie dan ramai lagi.

    Projek: Anchor SPM mengisahkan tentang sekumpulan pelajar tingkatan lima di Sekolah Tengku Isa Anuar(STIA) di Cameron Highlands, yang merupakan sebuah sekolah berasrama penuh berprestij. Aizat, kaptennpasukan ragbi yang disegani, bersama Hilmi, iaitu Ketua Pelajar dan Ketua Pengawas yang cemerlang,serta rakan mereka yang hanya dikenali sebagai Botol, adalah rakan karib dan sentiasa bersama di kalawaktu susah dan senang.

    Sementara itu, Aaidaa, pelajar paling cemerlang akademik STIA yang gemar menyendiri, bersusah payah membantu adik tirinya, Jaja, yang kurang mahir pendidikan, untuk bersediahadapi peperiksaan terbesar, SPM.

    Di samping itu, setelah mencuri keluar beberapa kali daripada kampus sekolah pada waktu malam, Aizat akhirnya ditangkap oleh Pengetua Awang, pengetua STIA yang amat tegas. Pengetua Awang, memberi syarat kepada Aizat supaya tidak dibuang sekolah dan perlu meraih keputusan 8A dalam peperiksa
    percubaan SPM yang sudah hampir.

    Justeru, Aizat dengan terdesaknya cuba mencari jalan keluar, dan akhirnya berjaya bersekongkol dengan Aaidaa, dan menghasilkan sebuah pelan untuk membantu rakanrakan seluruh tingkatan mereka cemerlang SPM melalui strategi meniru besar-besaran.

    Jangan lupa untuk menonton drama Projek: Anchor SPM yang berlatarkan tahun 2003 ini yang pastinya akan mengimbau kembali kenangan ketika di alam persekolahan.

    Foto : Astro

    Latest Posts

    Mengalami gangguan bipolar, Janna Nick mengaku pernah cuba bunuh diri

    Menerusi hantaran terkini di Instagram, dramatis popular, Janna Nick mengaku yang dirinya kini menghidap gangguan bipolar. Janna berkata, dia telah didiagnosis secara klinikal dan kini...

    Datuk Awie Bakal Menghiburkan Peminat Dalam Showcase Istimewa Sempena Bulan Ramadan

    Setelah lebih setahun tidak bertemu dengan peminat, penyanyi rock terkemuka tanah air, Datuk Awie tidak sabar untuk mengubati kerinduan mereka menerusi Showcase Datuk Awie...

    Ezad Lazim muncul dengan single hip-hop kerohanian berjudul Cahaya

    Suatu ketika dahulu, nama Ezad Lazim cukup dikenali sebagai vokalis kumpulan Exists. Namun, selepas meninggalkan kumpulan tersebut pada 2007 dan kemudiannya menyertai program nyanyian...

    Bapa Azlan Typewriter Meninggal Dunia Akibat Covid-19, Terkilan Hanya Dapat Melihat Detik Terakhir Menerusi Panggilan Video

    Selepas tiga minggu tenat bertarung nyawa melawan jangkitan Covid-19, bapa kepada penyanyi Azlan Typewriter, Sallehudin Che Ani disahkan meninggal dunia pada petang Khamis. Allahyarham yang...

    Gosip

    Sweet Qismina Positif COVID-19

    Pelakon popular, Sweet Qismina telah disahkan positif virus Covid-19 pada 20 April 2021. Berita itu telah dikongsikan Sweet di akaun media sosialnya bersama kenyataan akhbar...

    Azal Dedah Wajah ‘Suspek’ Tidak Patuh SOP Di Majlis Perkahwinan Neelofa, Netizen Terhibur

    Anak kepada pelakon Zarina Zainuddin iaitu Azal telah membikin netizen di Malaysia terhibur dengan hantaran terbarunya di Instagram. Azal telah memuatnaik foto-foto selebriti yang telah...

    ‘Anakanda, Mari Kita Pulang Ke Rumah Jumpa Kakak Aafiyah Ya’ – Siti Nurhaliza

    Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza yang baru sahaja melahirkan anak keduanya Isnin lalu akhirnya boleh pulang dari hospital hari ini. Dato...

    Nash kongsi keadaannya selepas terlibat kemalangan

    Penyanyi Datuk Nash atau nama sebenarnya Jamaluddin Elias, 62, berkongsi mengenai keadaannya yang kini beransur pulih selepas terlibat dalam satu kemalangan di KM250.8 Lebuhraya...

    Bapa Azlan & The Typewriter tenat akibat COVID-19

    Vokalis kumpulan Azlan & The Typewriter, Norazlan Rosle mendedahkan ayah kandungnya, yang dikenali sebagai Sallehuddin kini sedang tenat bertarung virus COVID-19 di Pusat Kuarantin,...