Wednesday, December 8, 2021

Zulin Aziz Dituduh Perli Siti Nordiana?

Penyanyi, Zulin Aziz meluahkan rasa kecewa kerana statement-nya disalah ertikan. Menerusi posting tersebut, Zulin menjelaskan ada pihak yang cuba memfitnah dirinya. Seakan-akan ada pihak...
More

    Terkini

    PKP 3.0 – Segalanya Yang Perlu Anda Tahu Tentang SOP Aidilfitri 2021

    Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, semalam mengumumkan SOP sambutan Aidilfitri untuk tahun ini menerusi perutusan pengumuman beberapa negeri yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan.

    Enam daerah di Selangor iaitu Hulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat dan Sepang diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula Khamis ini (6 Mei) hingga 17 Mei.

    Manakala tiga lagi daerah iaitu Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Hulu Selangor masih berkuat kuasa Perintah Kawalan pergerakan Bersyarat (PKPB). Antara SOP yang dikenakan untuk kali ini adalah seperti berikut:

    • semua aktiviti ekonomi masih dibenarkan di enam kawasan berkenaan dengan pelaksanaan SOP yang ketat manakala aktiviti sosial tidak dibenarkan.
    • Premis makanan seperti restoran, food truck, penjaja dan kiosk dibenarkan beroperasi dari jam 6 pagi sehingga jam 12 tengah malam sahaja manakala kedai runcit, serbaneka dan keperluan harian serta farmasi dibenarkan beroperasi dari jam 6 pagi sehingga jam 10 malam
    • Stesen minyak dibenarkan beroperasi dari jam 6 pagi hingga jam 10 malam tetapi stesen minyak di lebuh raya dibenarkan beroperasi 24 jam.
    • Hospital, klinik dan makmal perubatan boleh beroperasi seperti biasa manakala operasi pasar harian, pasar tani, pasar awam dan pasar minggu dibenarkan beroperasi dari jam 6 pagi hingga jam 2 petang.
    • Aktiviti bazar Ramadan akan diputuskan kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

    SOP AIDILFITRI

    • Aktiviti kunjung-mengunjung sempena sambutan Aidilfitri dibenarkan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tetapi perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.
    • Bagi kawasan PKP, ianya dibenarkan pada 1 Syawal sahaja dengan kehadiran tidak melebih 15 orang pada satu masa mengikut saiz rumah dan mematuhi penjarakan fizikal.
    • Bagi kawasan PKPB dan PKPP, ziarah hari raya dibenarkan iaitu pada 1 sehingga 3 Syawal.
    • Bagi kawasan PKP Diperketatkan (PKPD), Ismail Sabri berkata kerajaan tidak membenarkan pengunjung luar dan sambutan tertakluk ahli keluarga dalam rumah sahaja.
    • Amalan takbir solat sunat Aidilfitri dari rumah ke rumahtidak dibenarkan di semua kawasan PKP, PKPD, PKPB dan PKPP.
    • Aktiviti ziarah kubur sempena sambutan Aidilfitri hanya dibenarkandi kawasan PKPB dan PKPP dengan pematuhan SOP seperti ditetapkan. Aktiviti ziarah kubur di kawasan PKP dan PKPD adalah tidak dibenarkan.

    Latest Posts

    Gosip

    Zarina Anjoulie Dan Zoey Rahman Bercinta?

    Sejak kebelakangan ini, selebriti kontroversi, Zarina Anjoulie dilihat agak akrab dengan pelakon dan usahawan berwajah jambu iaitu Zoey Rahman. Mereka berdua dilihat sering berbual bersama...

    Positif Ganja, Bekas Ratu Cantik Tumbuk Polis?

    Bekas ratu cantik negara ditahan oleh pihak berkuasa selepas menumbuk anggota polis dan merempuh sekatan jalan raya (SJR) di Lebuhraya Persekutuan hari ini. Memetik laporan...

    Selebriti Wanita Popular Ditahan Polis, Sangkut Ujian Air Kencing?

    Selebriti media sosial yang dulunya seorang pelakon ditahan selepas didapati positif dadah jenis methamphetamine dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Chalet Nilai, Negeri...

    Suhaimi Saad Letak Jawatan Sebagai Penyanyi Nasyid

    Selebriti kontroversi, Suhaimi Saad yang merupakan bekas ahli kumpulan nasyid, In team hari ini mengumumkan meletak jawatan sebagai penyanyi nasyid. Suhaimi telah membuat pengumuman itu...

    Sufie Nak Jual Audi Miliknya Kerana Terlalu Susah Jaga?

    Bagi yang mengikuti penyanyi kelahiran Singapura, Sufie Rashid, 30, di Instagram, pasti menyedari tentang pengumuman untuk menjual kereta jenis Audi S5 yang baru tiga...