Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menerusi Instagramnya berkongsi jumlah dana yang berjaya dikumpulkan oleh penyokongnya dan orang awam berjumlah RM715,573.77.
Menurut Syed, dia tidak menyangka dana menerusi kempen ‘Saddiq Tetap Lawan’ itu yang baru sahaja dilancarkan kelmarin meraih jumlah sebanyak itu dalam masa 24 jam daripada 9,836 penyumbang!
I owe my life to Malaysia. 24jam. RM715,573.77. 9836 penyumbang. Thank you. Thank you. Thank you. I am forever indebted. I will never stop until we succeed to build a Malaysia for all Malaysians. A Malaysia where every Malaysian can proudly call HOME. Our HOME.
“Saya tutup fundraising kerana dana untuk bayaran bail/wang jaminan sudah lebih mencukupi”, tulis Syed di Instagramnya.
Dalam pada itu, Syed juga turut berkongsi satu kisah yang menyentuh hatinya.
“Petang tadi, ada pakcik datang ke pejabat saya. Ingatkan nak minta bantuan. Rupanya nak sumbangkan RM100 ke saya. I felt like crying. It’s in moment like this, i am reminded why i joined Politics. Bukan kerana jawatan atau wang, tetapi untuk membina Malaysia yang maju & bermaruah. Lagi mereka tekan, lagi saya akan lawan. No threats. No intimidation. No offers will ever weaken my resolve to put Malaysia1st. Saya di sini kerana rakyat. Jatuh bangun di tangan rakyat. Terima kasih. Saya terhutang budi kepada semua”, kata Syed.
Syed Saddiq kelmarin dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Rasuah, Kuala Lumpur di atas dua pertuduhan iaitu penyelewengan dana politik kira-kira RM1 juta dan kesalahan menyalahgunakan wang sumbangan kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 sebanyak RM120,000.
Bagaimanapun, bekas Menteri Belia dan Sukan itu tidak mengaku bersalah dan Hakim membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM300,000 bagi kesalahan pertama dan RM30,000 bagi kesalahan kedua dengan masing-masing seorang penjamin.
ARTIKEL BERKAITAN: