Thursday, May 13, 2021

“Akhirnya.. Kan Senang Kalau Dari Awal PKP” – Nabila Huda

Hari ini kerajaan telah mengumumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilaksanakan di seluruh Malaysia bermula 12 Mei 2021 ini. Perkara ini mendapat pelbagai...
More

    Terkini

    Syarikat Telekomunikasi Beri Panggilan Percuma Kepada Semua Mulai 10 Malam Ini Hingga 10 Pagi Esok

    Syarikat telekomunikasi tempatan akan menyediakan panggilan percuma ke semua rangkaian dalam negara mulai 10 malam ini hingga 10 pagi esok iaitu pada hari pertama...

    Kuih Raya Paling Popular Yang Boleh Didapati Di Setiap Rumah

    Tidak lengkap rasanya sambutan hari raya Aidilfitri jika tidak dihidangkan kuih raya di atas meja. Aneka kuih raya sama ada tradisonal mahupun moden, pasti menjadi...

    Lagu Raya Paling Popular Sepanjang Zaman

    Selamat Hari Raya (Puan Sri Saloma) - Lagu raya paling popular sepanjang zaman. Siapa sahaja yang tidak tahu mengenai lagu ini. Dari kanak-kanak sehinggalah...

    Selebriti Tempatan & Rakyat Malaysia Bersolidariti Menentang Kekejaman Israel

    Hari ini kelihatan di media sosial para selebriti tempatan dan rakyat Malaysia rata-ratanya menunjukkan sokongan terhadap Palestine dan mengutuk serangan Israel. Masing-masing memuatnaik poster...

    “Jumlah Ini Memang Terlalu Tinggi Untuk Saya” – Peniaga Burger Dikompaun RM50 Ribu Kerana Berniaga Melebihi Had Masa

    Semalam tular di media sosial apabila seorang peniaga burger dari Kelantan yang dikenali sebagai Wan Mohd Faisal telah dikompaun sebanyak RM50,000 oleh polis kerana dikatakan berniaga melebihi masa.

    Menerusi hantaran Faisal di akaun Facebooknya, kongsinya dia sekadar berniaga burger di hadapan tangga rumah. Namun pada pukul 11 malam dia didatangi oleh anggota polis dan telah dikompaun sebanyak RM50,000.

    Tambahnya lagi, dia berharap semoga rezekinya bertambah selepas ini kerana dia berniaga untuk membayar bil-bil bulanan.

    Menurut laporan yang disiarkan oleh Berita Harian, pihak polis telah mengeluarkan kompaun itu bagi kesalahan berniaga melebihi had masa dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

    Ketika itu tiada seorang pelanggan di kedai dan saya sedang menyiapkan tempahan daripada kilang.

    Memang saya belum menutup kedai namun meja sudah disimpan. Saya hanya menyiapkan pesanan untuk dihantar kepada pekerja kilang. Saya agak terkejut apabila dikenakan kompaun setinggi itu hanya untuk kesalahan ini. Sudahlah musim PKP, berniaga pun bukannya laris sebagaimana seperti sebelum ini” katanya kepada Berita Harian.

    Anggota polis yang hadir ada memaklumkan terdapat laporan daripada pihak tertentu yang mengatakan kedai burger miliknya beroperasi lebih masa yang ditetapkan.

    “Anggota polis itu juga memberitahu, kompaun sejumlah itu dikenakan kerana kes berulang, Memang ketika PKP sebelum ini saya sudah dikompaun RM1000, juga berkaitan kesalahan sama.

    Namun saya tidak menyangka kali ini dikenakan sehingga RM50,000. Sudah tentu saya tidak mampu membayarnya kerana pendapatan saya hanya dengan menjual burger.

    Saya merayu agar kompaun ini dipertimbangkan semula, jumlah ini memang terlalu tinggi daripada kemampuan saya” katanya.

    Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisoner Abdul Rahim Daud ketika dihubungi mengesahkan kes kompaun berkenaan.

    Katanya, untuk kompaun kedai yang berniaga lebih masa atau membuka meja untuk pelanggan atau tidak menyediakan penyukat suhu, memang jumlah kompaun pada kertas saman ditulis RM50,000 iaitu jumlah maksimum.

    “Bagi kesalahan individu akan ditulis jumlah maksimum RM10,000. Bagaimanapun, peniaga berkenaan boleh membuat rayuan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Itu cuma dinyatakan jumlah maksimum,” katanya.

    Sumber : Berita Harian, Facebook

    Latest Posts

    Syarikat Telekomunikasi Beri Panggilan Percuma Kepada Semua Mulai 10 Malam Ini Hingga 10 Pagi Esok

    Syarikat telekomunikasi tempatan akan menyediakan panggilan percuma ke semua rangkaian dalam negara mulai 10 malam ini hingga 10 pagi esok iaitu pada hari pertama...

    Kuih Raya Paling Popular Yang Boleh Didapati Di Setiap Rumah

    Tidak lengkap rasanya sambutan hari raya Aidilfitri jika tidak dihidangkan kuih raya di atas meja. Aneka kuih raya sama ada tradisonal mahupun moden, pasti menjadi...

    Lagu Raya Paling Popular Sepanjang Zaman

    Selamat Hari Raya (Puan Sri Saloma) - Lagu raya paling popular sepanjang zaman. Siapa sahaja yang tidak tahu mengenai lagu ini. Dari kanak-kanak sehinggalah...

    Selebriti Tempatan & Rakyat Malaysia Bersolidariti Menentang Kekejaman Israel

    Hari ini kelihatan di media sosial para selebriti tempatan dan rakyat Malaysia rata-ratanya menunjukkan sokongan terhadap Palestine dan mengutuk serangan Israel. Masing-masing memuatnaik poster...

    Gosip

    Giliran Nora Danish Pula Positif Covid-19, Kuarantin Diri Dalam Bilik

    Selepas aktres Tiz Zaqyah dilaporkan positif Covid-19, kini seorang lagi aktres popular, Nora Danish turut disahkan positif virus itu. Nora membuat pengumuman mengenai statusnya yang...

    Tiz Zaqyah Pula Positif Covid-19

    Seorang lagi selebriti tanah air telah dijangkiti wabak covid-19 iaitu aktres popular, Tiz Zaqyah. Tiz telah berkongsi tentang dirinya yang disahkan positif virus itu di...

    5 Selebriti Yang Pertama Kali Menyambut Hari Ibu

    Tahun ini Hari Ibu di Malaysia jatuh pada 9 Mei 2021. Hari Ibu di negara Kita dan beberapa negara lain di dunia disambut setiap...

    Suami Tasya Kamila Menghidap Kanser Limfoma

    Pelakon dari Indonesia, Tasya Kamila mendedahkan bahawa suaminya Randi Bachtiar kini sedang berjuang melawan penyakit kanser limfoma. Berita duka itu didedahkannya dalam satu hantaran...

    Scha Elinnea Beli Kereta Mercedes Benz Di Usia 21 Tahun

    Pelakon cantik dan seksi, Scha Elinnea berkongsi berita gembira mengenai dirinya yang berjaya membeli sebuah kerana Mercedes Benz di usia 21 tahun. Berita gembira itu...