Tuesday, July 27, 2021

ENERGI BERBEZA SUNTIK AURA LUAR BIASA DALAM ADUNAN SEMULA ‘ORANG LAIN’

Baharu saja dilancarkan, lagu Orang Lain nyanyian Ariel Nayaka atau A. Nayaka, SonaOne, dah YHB Sleepsalot meraih sambutan luar biasa di pelbagai platform penstriman...
More

    Terkini

    Brendan Gan Hidapi Kanser Testis, Kini Jalani Proses Penyembuhan

    Tetap Positif Dan Mahu Kembali Bekerja

    Siti Sarah, Shuib Sekeluarga Disahkan Positif Covid-19

    Risau Dengan Bayi Dalam Kandungan

    Siti Nordiana Buat Laporan Polis Selepas Difitnah?

    Selepas dilemparkan dengan pelbagai tuduhan oleh rakan-rakan artis, Siti Nordiana tampil membuat laporan polis. Laporan polis berkenaan dibuat di IPD Cheras pada pujkul 9.42 pagi...

    Pemilik Rumah Bonda Akhirnya Ditahan Polis

    Selepas seminggu menjadi bualan netizen, akhirnya pemilik Rumah Bonda ditahan polis semalam bagi membantu siasatan kes mendatangkan kecederaan dan ugutan jenayah.

    Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan ketika dihubungi berkata, wanita berusia 29 tahun itu ditahan 10.30 pagi semalam.

    Katanya, dia ditahan selepas diminta hadir ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur bagi memberi keterangan susulan beberapa laporan polis yang dibuat terhadapnya.

    “Kertas siasatan baharu telah dibuka dan siasatan dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mendatangkan kecederaan dan Seksyen 506, Kanun Keseksaan iaitu melakukan ugutan jenayah,” katanya.

    Menurutnya, polis mengemukakan permohonan reman ke atas wanita itu pagi ini di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.

    “Masyarakat perlu memahami, kita perlu ambil kira banyak aspek perundangan ketika jalankan siasatan, termasuk hak undang-undang serta keselamatan semua pihak yang terlibat termasuk situasi semasa.

    Sehubungan itu, kita minta masyarakat untuk terus beri keyakinan kepada pasukan penyiasat PDRM untuk melaksanakan tugas mereka,” katanya.

    Sebelum ini melaporkan seorang remaja Sindrom Down berusia 13 tahun dikenali dengan sebagai Bella dipercayai didera di sebuah pusat kebajikan milik pertubuhan bukan kerajaan (NGO)

    Rumah kebajikan terletak di Jalan Kukuban di Taman Setapak turut dikenakan sita melalui perintah mahkamah yang dikeluarkan pada 5 Julai lalu.

    Lanjutan itu Pelindung Unit Kanak-Kanak, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut mengambil tindakan terhadap enam kanak-kanak dengan mengeluarkan mereka daripada rumah kebajikan itu.

    Rumah kebajikan ini juga didapati beroperasi secara haram sejak 2019 dan tidak berdaftar dengan JKM.

    Kisah menyayat hati itu mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia yang rata-ratanya bersimpati dengan nasib Bella dan mewujudkan tanda pagar #justiceforBella di media sosial.

    Bella kini ditempatkan di Taman Sinar Harapan Tuanku Ampuan Najihah, Seremban, Negeri Sembilan.

    Semoga adik Bella mendapat pembelaan yang sewajarnya diatas penderitaan yang dialaminya.

    Sumber : Harian Metro

    Latest Posts

    Brendan Gan Hidapi Kanser Testis, Kini Jalani Proses Penyembuhan

    Tetap Positif Dan Mahu Kembali Bekerja

    Siti Sarah, Shuib Sekeluarga Disahkan Positif Covid-19

    Risau Dengan Bayi Dalam Kandungan

    KJ Benarkan Rakam Video Ketika Disuntik Vaksin, Elak Isu Suntikan Kosong Berlaku!

    Petugas Kesihatan Perlu Tunjuk Vaksin Picagar

    Gosip

    Zarina Anjoulie Dan Zoey Rahman Bercinta?

    Sejak kebelakangan ini, selebriti kontroversi, Zarina Anjoulie dilihat agak akrab dengan pelakon dan usahawan berwajah jambu iaitu Zoey Rahman. Mereka berdua dilihat sering berbual bersama...

    Positif Ganja, Bekas Ratu Cantik Tumbuk Polis?

    Bekas ratu cantik negara ditahan oleh pihak berkuasa selepas menumbuk anggota polis dan merempuh sekatan jalan raya (SJR) di Lebuhraya Persekutuan hari ini. Memetik laporan...

    Selebriti Wanita Popular Ditahan Polis, Sangkut Ujian Air Kencing?

    Selebriti media sosial yang dulunya seorang pelakon ditahan selepas didapati positif dadah jenis methamphetamine dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Chalet Nilai, Negeri...

    Suhaimi Saad Letak Jawatan Sebagai Penyanyi Nasyid

    Selebriti kontroversi, Suhaimi Saad yang merupakan bekas ahli kumpulan nasyid, In team hari ini mengumumkan meletak jawatan sebagai penyanyi nasyid. Suhaimi telah membuat pengumuman itu...

    Sufie Nak Jual Audi Miliknya Kerana Terlalu Susah Jaga?

    Bagi yang mengikuti penyanyi kelahiran Singapura, Sufie Rashid, 30, di Instagram, pasti menyedari tentang pengumuman untuk menjual kereta jenis Audi S5 yang baru tiga...