Andi Bernadee mendedahkan dirinya menjadi mangsa dengki hingga disihir. Perkongsian tersebut dibuat oleh penyanyi Donde menerusi akaun Instagram miliknya.
Menerusi video tersebut, Andi menunjukkan dua paku karat dalam mangkuk berisi kuning telur yang ditarik daripada bahagian tekaknya.
Selain itu, katak kering ditemui atas bumbung kediamannya.
“Ini bukan kali pertama saya kena sihir. Saya penat merasa kesakitan yang dahsyat sekitar dua tiga tahun lalu. Hinggakan saya terpaksa pergi berubat di Jogjakarta, Indonesia.
“Sebelum ini, saya pernah termakan benda kotor yang diletak dalam makanan. Dan, saya terkena lagi beberapa hari lalu buat kali kedua. Rakan serumah terpaksa memanggil ustaz untuk mengubati saya selepas Asar, petang semalam.
Andi juga menulis di bahagian caption bahawa dia tidak tahu apa salahnya.
Allhamdulillah, terima kasih awak .. Saya tak tahu apa salah saya pada awak.. Apapun ini semua ujian Allah..
“Saya susah nak lelap mata serangan kali ini. Mata rasa nak tutup, tetapi tidak dapat tidur. Saya berjaga sepanjang malam dan hanya tidur pada sebelah pagi. Selera makan bertambah hingga perut menjadi buncit ,” katanya.
Sejujurnya, saya tak mahu percaya semua ini. Saya cuba kuat, namun tewas juga. Kali ini, saya tak sedar diri ketika dirasuk hingga ustaz datang mengubati.
“Rakan serumah memaklumkan saya meraung dan memekak tak ingat dunia. Ustaz memaklumkan wanita yang dimaksudkan pernah bekerja dengan saya. Cuma, tidak dijelaskan sama ada di kalangan artis atau sebaliknya.
“Ustaz akan datang berubat ke rumah selama tiga hari. Setakat ini, insya-Allah saya semakin okay,” katanya.
Sumber: Berita Harian