Kecoh kononnya selepas isu video lama Janna Nick mempermainkan kematian bintang Kpop, pelajar Malaysia di Korea Selatan turut terkena tempias.
Peminat fanatik Kpop berkata, kononnya selepas isu itu tersebar di Korea, ramai rakyat di sana memulaukan rakyat Malaysia. Malah mereka juga kononnya bersedih dengan sikap artis Malaysia seperti Janna Nick.
Persoalannya, siapakah yang mula menyebarkan kebencian kalau bukan rakyat Malaysia sendiri? Beberapa pelajar dan rakyat Malaysia yang tinggal di Korea Selatan menafikan dakwaan yang mereka dipulaukan kerana isu Janna ini.
Malah menurut mereka, rakyat Korea tidak peduli langsung dan tiada siapa yang memperkatakannya di sana. Oleh itu dakwaan kononnya kehidupan rakyat Malaysia di Korea Selatan terjejas hanyalah rekaan semata-mata yang hanya diperbesarkan oleh peminat fanatik Kpop di Malaysia sendiri.
Fanatik Kpop Malaysia juga didakwa mula menggangu live TikTok orang Korea dan bertanyakan mengenai isu Janna kepada mereka. Ternyata rakyat Korea tidak pernah mengambil pusing tentang isu ini.
Fanatik Kpop juga mula membuat tanda pagar (hashtag) di Twitter seperti #SorryFromMALAYSIA dan #JannaNickIsGoingToJailParty. Salah seorang pelajar Malaysia di Korea Selatan bernama Sabrina menjawab soalan fanatik Kpop di Malaysia mengenai isu ini:
Tidak dinafikan, mempermainkan tentang kematian seseorang adalah tidak wajar! Begitu juga mempermainkan nama seseorang dan mengaitkannya dengan haiwan. Tetapi, isu berbangkit ini perlu dihentikan dan tidak perlu menokok tambah dengan perkara yang tidak pernah terjadi.
Ia bukan sahaja mengeruhkan lagi keadaan, tetapi membuatkan nama Malaysia menjadi buruk. Tiada siapa menghalang untuk anda obses dengan mana-mana selebriti, tetapi tindakan seperti menyerang individu bertubi-tubi bukan juga tindakan yang bijak.