Thursday, April 22, 2021

Nash kongsi keadaannya selepas terlibat kemalangan

Penyanyi Datuk Nash atau nama sebenarnya Jamaluddin Elias, 62, berkongsi mengenai keadaannya yang kini beransur pulih selepas terlibat dalam satu kemalangan di KM250.8 Lebuhraya...
More

    Terkini

    Mengalami gangguan bipolar, Janna Nick mengaku pernah cuba bunuh diri

    Menerusi hantaran terkini di Instagram, dramatis popular, Janna Nick mengaku yang dirinya kini menghidap gangguan bipolar. Janna berkata, dia telah didiagnosis secara klinikal dan kini...

    Datuk Awie Bakal Menghiburkan Peminat Dalam Showcase Istimewa Sempena Bulan Ramadan

    Setelah lebih setahun tidak bertemu dengan peminat, penyanyi rock terkemuka tanah air, Datuk Awie tidak sabar untuk mengubati kerinduan mereka menerusi Showcase Datuk Awie...

    Ezad Lazim muncul dengan single hip-hop kerohanian berjudul Cahaya

    Suatu ketika dahulu, nama Ezad Lazim cukup dikenali sebagai vokalis kumpulan Exists. Namun, selepas meninggalkan kumpulan tersebut pada 2007 dan kemudiannya menyertai program nyanyian...

    Bapa Azlan Typewriter Meninggal Dunia Akibat Covid-19, Terkilan Hanya Dapat Melihat Detik Terakhir Menerusi Panggilan Video

    Selepas tiga minggu tenat bertarung nyawa melawan jangkitan Covid-19, bapa kepada penyanyi Azlan Typewriter, Sallehudin Che Ani disahkan meninggal dunia pada petang Khamis. Allahyarham yang...

    ‘Saya Harap Sebagai Public Figure Kita Berusaha Jadi Contoh Yang Baik Untuk Patuhi SOP’ – Nur Fazura

    Situasi pandemik Covid-19 di negara kita sekarang ini masih belum ditahap yang baik. Setiap hari kes yang direkodkan masih berada di paras 4 angka.

    Hal ini turut merisaukan aktres popular, Nur Fazura, kerana kini dia bukan sahaja perlu menjaga dirinya, tetapi juga keselamatan bayinya Nur Fatima Aisha yang baru sahaja mencecah usia 6 bulan.

    “Saya seorang yang sangat takutkan situasi sekarang kerana kes semakin meningkat. Saya pula mempunyai anak yang masih bayi di rumah. Seboleh mungkin saya akan cuba jaga SOP. Sejujurnya, Fatima pun tak pernah lagi saya bawa keluar kemana-mana pusat beli belah. Saya nak keluar pun saya akan fikir anak apatah lagi nak bawa dia keluar, sangat menyeramkan!”, kongsinya.

    Menurut pemenang Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke 27 ini lagi, dia turut bersedih kerana dalam keadaan sekarang, ramai yang ingin merentas negeri tetapi tidak boleh berbuat demikian.

    Saya sedih sebab saya mempunyai nenek yang kurang sihat di kampung tetapi saya tidak dapat berjumpa dengannya sudah berbulan-bulan. Tetapi saya akur dengan SOP yang ditetapkan kerajaan.

    Saya percaya ada sebab kenapa kerajaan buat SOP sebegitu kerana kita mahu putuskan rantaian Covid-19. Kalau dilaksananakan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) nanti banyak perkara yang akan terjejas dari segi ekonomi dan sebagainya termasuklah tekanan perasaan. Tetapi bila diberikan kelonggaran, kita langgar pula kelonggaran itu.

    Saya rasa sekarang adalah detik yang paling kita tidak boleh ambil sambil lewa. Kita dah tahu macam mana perasaan waktu PKP”, ujarnya.

    Nur Fazura ditemui sewaktu sidang media Muzikal Lawak Superstar 2 minggu ke 9 di PICC

    Kebelakangan ini, beberapa figura terkenal dilihat sering memuatnaik status serta foto mereka di media sosial merentas negeri atas tujuan tertentu sehingga mengundang rasa tidak puas hati di kalangan rakyat Malaysia.

    Bagi Fazura, sebagai seorang ‘public figure’ mereka seharusnya memberikan contoh yang baik kepada orang awam dalam mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

    “Peraturan nombor satu, kita perlu menjadi seorang rakyat Malaysia yang bertanggungjawab. Kedua, sebagai seorang ‘public figure’ kita perlu bagi contoh yang baik dan menggalakkan orang ramai untuk mematuhi SOP supaya membantu negara kita bebas dari jangkitan Covid-19”, katanya.

    Bercakap soal kerjaya, Fazura memberitahu bahawa dia ada mendapat tawaran dari Michael Ang untuk membintangi sebuah drama bersiri 60 episod tetapi masih lagi di dalam peringkat perbincangan.

    Saya tertarik dengan tawaran tersebut tetapi saya sudah beritahu Michael bahawa jadual saya perlu bersesuaian dengan waktu saya bersama Fatima. Jadi terpulang jika Michael rasa boleh, Inshaallah, sebab saya memang rindu nak berlakon dan peminat pun ramai yang merindui kemunculan saya“, kongsinya.

    Nur Fazura ditemui sewaktu sidang media minggu ke 9 Muzikal Lawak Superstar 2 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada Jumaat lalu.

    Foto : Instagram & Astro

    Latest Posts

    Mengalami gangguan bipolar, Janna Nick mengaku pernah cuba bunuh diri

    Menerusi hantaran terkini di Instagram, dramatis popular, Janna Nick mengaku yang dirinya kini menghidap gangguan bipolar. Janna berkata, dia telah didiagnosis secara klinikal dan kini...

    Datuk Awie Bakal Menghiburkan Peminat Dalam Showcase Istimewa Sempena Bulan Ramadan

    Setelah lebih setahun tidak bertemu dengan peminat, penyanyi rock terkemuka tanah air, Datuk Awie tidak sabar untuk mengubati kerinduan mereka menerusi Showcase Datuk Awie...

    Ezad Lazim muncul dengan single hip-hop kerohanian berjudul Cahaya

    Suatu ketika dahulu, nama Ezad Lazim cukup dikenali sebagai vokalis kumpulan Exists. Namun, selepas meninggalkan kumpulan tersebut pada 2007 dan kemudiannya menyertai program nyanyian...

    Bapa Azlan Typewriter Meninggal Dunia Akibat Covid-19, Terkilan Hanya Dapat Melihat Detik Terakhir Menerusi Panggilan Video

    Selepas tiga minggu tenat bertarung nyawa melawan jangkitan Covid-19, bapa kepada penyanyi Azlan Typewriter, Sallehudin Che Ani disahkan meninggal dunia pada petang Khamis. Allahyarham yang...

    Gosip

    Sweet Qismina Positif COVID-19

    Pelakon popular, Sweet Qismina telah disahkan positif virus Covid-19 pada 20 April 2021. Berita itu telah dikongsikan Sweet di akaun media sosialnya bersama kenyataan akhbar...

    Azal Dedah Wajah ‘Suspek’ Tidak Patuh SOP Di Majlis Perkahwinan Neelofa, Netizen Terhibur

    Anak kepada pelakon Zarina Zainuddin iaitu Azal telah membikin netizen di Malaysia terhibur dengan hantaran terbarunya di Instagram. Azal telah memuatnaik foto-foto selebriti yang telah...

    ‘Anakanda, Mari Kita Pulang Ke Rumah Jumpa Kakak Aafiyah Ya’ – Siti Nurhaliza

    Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza yang baru sahaja melahirkan anak keduanya Isnin lalu akhirnya boleh pulang dari hospital hari ini. Dato...

    Nash kongsi keadaannya selepas terlibat kemalangan

    Penyanyi Datuk Nash atau nama sebenarnya Jamaluddin Elias, 62, berkongsi mengenai keadaannya yang kini beransur pulih selepas terlibat dalam satu kemalangan di KM250.8 Lebuhraya...

    Bapa Azlan & The Typewriter tenat akibat COVID-19

    Vokalis kumpulan Azlan & The Typewriter, Norazlan Rosle mendedahkan ayah kandungnya, yang dikenali sebagai Sallehuddin kini sedang tenat bertarung virus COVID-19 di Pusat Kuarantin,...