Pelakon dan pengacara bertubuh sasa, Norman Hakim menasihati pengikutnya di Instagram untuk tidak takut membuat pemeriksaan kesihatan.
Menerusi hantaran terkini di Instagram, Norman yang popular dengan drama Gerak Khas itu sempat berkongsi kisah yang berlaku pada dirinya yang melibatkan peningkatan kolestrol dalam badan.
“Saya bukan saja-saja nak rendahkan bodyfat atau nak kejar 8 packs semata-mata, tapi percaya atau tidak, saya ada isu kolestrol sangat tinggi.
“Koletro saya mula naik awal tahun lepas (5.3 at 5/2/20). Masuk pertengahan tahun lepas (4/8/20) makin naik (6.2) sampai la ke awal tahun ni (6.6 at 30/3/21) dah cecah ke border line.
“Doktor cakap kalau pertengahan tahun ni tak turun jugak, saya kena buat angiogram untuk check takut ada blockages sebab saya dalam circle faktor keturunan.
“Saya curious sebab saya yang kaki fitness yang agak hardcore pun terjebak isu kolestrol tinggi. Pendekkan cerita doktor jumpa selain dari faktor keturunan, faktor pemakanan adalah penyumbang utama,” tulis Norman.
Tambah Norman, selepas mendapat tahu tentang keputusan tersebut, dia segera menukar rutin senaman serta gaya pemakanannya.
“Balik daripada check up selepas 30/3/20 saya terus buat immediate things must do action. Pertama terus hubungi sifu fitness Abang Wan Popeye untuk consult, tukar rejim latihan dan piramid pemakanan saya.
“Dan isteri ambil alih sebab saya perlukan pengambilan kalori yang lagi tinggi. Setiap makanan harian coach akan monitor apa yang boleh dan tak boleh sampai isteri betul-betul mahir untuk menyediakan setiap hidangan saya.
“Cara senaman saya pun ditukar kepada intense training similiar macam tabata secara teori dan praktikal,” jelas Norman lagi.
Dalam pada itu, Norman menjelaskan yang dia berasa bersyukur kerana usahanya menukar gaya hidup membuahkan hasil.
“Bila sampai masa untuk the next check up (21 & 22/6/21) memang seram tapi ada keyakinan yang kolestrol akan drop.
“Tapi Maha Kuasa Allah tak sangka dia punya drop to the maximum, dari last reading 6.6 turun ke 2.3. Doktor pun terkejut tanya apa yang saya buat.
“Saya pun kongsi dari A sampai Z. Alhamdulillah. The moral is do not ever take thing for granted. Sama-sama kita ambil precautions okay. Prevention is better than cure,” kongsinya.
Sumber: Instagram Norman Hakim