Neutrovis, jenama pelitup muka dan produk sanitasi Malaysia, mengumumkan bahawa dengan bantuan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, telah berjayamerampas pelitup muka Neutrovis tiruan bernilai RM60,000 di Johor.
Operasi itu telah dilaksanakan pada 24 Julai 2021 di Johor, di mana 3 lokasi produk tiruan ini diedarkan telah diserbu.
Bercakap mengenai serbuan tersebut, pemilik Maystar Beauty Sdn Bhd (syarikat penaung jenama Neutrovis), Zayn Puah mengatakan bahawa mereka telah menerima aduan daripada pelanggan mengenai pelitup muka mereka dan ini telah mendorong syarikat tersebut untuk membuat siasatan.
Ketika itulah pihak syarikat tersebut mendapati terdapat banyak pelitup muka Neutrovis tiruan di pasaran. Setelah mengetahui perkara ini, Zayn berkata, “Sudah menjadi tanggungjawab kami untuk melaporkannya kepada KPDN.
Kedua, kami bertemu dengan peguam dan telah mendapatkan injuksi mahkamah. Tindakan ini membolehkan mereka bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap pengedar palsu.
Pelitup muka tiruan ini belum menjalani sebarang ujian oleh Medical Device Authority (MDA) dan bahan yang digunakan juga tidak dapat dikenalpasti.
Menurut Neutrovis, pengguna telah membuat aduan mengalami kesukaran bernafas, gelung telinga terlalu kasar dan wajah merekamula berjerawat ketika menggunakan pelitup muka tiruan ini, jauh berbeza dengan pelitup muka yang mereka gunakan sebelum ini.
Tambahan lagi, pengguna ini mungkin terdedah kepadaPenggunaan pelitup muka tiruan ini dapat menyebabkan kemudharatan kepada kesihatan pengguna dan mereka yang disekelilingnya, oleh itu, tindakan pantas harus diambil untuk membendungnya.
Selain daripada serbuan, untuk mendapatkan kembali kepercayaan pengguna dan menghalang produk tiruan, Neutrovis telah melaksanakan perkara berikut:
● Melampirkan pelekat pengesahan dengan kod QR unik pada semua produk pelitup muka jenis 4 lapis.
● Memberitahu kepada orang ramai menerusi platform media sosial dan laman sesawang rasmi tentang laman dalam talian yang didapati menjual produk Neutrovis tiruan.
● Mendidik orang ramai melalui media sosial tentang cara mengenal pasti pelbagai produk palsu yang telah ditemui.
Malangnya, usaha untuk memerangi produk tiruan Neutrovis di pasaran mungkin akan mengambil masa yang agak lama kerana masih ada pengedar lain yang tidak bertanggungjawab yang masih beroperasi.
Tetapi ada satu perkara yang dapat anda lakukan untuk elakkan daripada ditipu, “Apa yang kami ingin orang ramai ketahui ialah apabila anda membeli pelitup muka Neutrovis jenis 4 lapis, pastikan anda periksa pelekat pengesahan yang ada di kotak. Itu adalah perkara yang sangat penting.” kata Zayn.
Untuk maklumat lanjut mengenai Neutrovis, layari www.neutrovis.com dan laman Facebook dan Instagram.