Wednesday, October 20, 2021

Zulin Aziz Dituduh Perli Siti Nordiana?

Penyanyi, Zulin Aziz meluahkan rasa kecewa kerana statement-nya disalah ertikan. Menerusi posting tersebut, Zulin menjelaskan ada pihak yang cuba memfitnah dirinya. Seakan-akan ada pihak...
More

    Terkini

    Netizen Tegur Tudung Zulin Aziz Makin Singkat

    Kita sering memandang perlakuan netizen yang suka bercakap perihal kisah peribadi artis sebagai keterlaluan. Namun, di sebalik ‘cakap-cakap nakal’ mereka, kadang-kala terselit kebenaran yang mungkin boleh dijadikan iktibar.

    Hal yang sama turut dialami oleh pelakon, pengacara dan penyanyi Zulin Aziz. Mengikut pemerhatian netizen, sejak menurunkan berat badan, penampilan wanita berusia 32 tahun itu juga dilihat sedikit berbeza. Menurut mereka, tudung yang dikenakan Zulin dilihat semakin singkat.

    Antara komen yang ditinggalkan oleh netizen. Kebanyakan komen teguran yang diterima bernada positif

    Begitupun menerusi ruangan kapsyen, Zulin mengakui ada netizen yang mempersoalkan kelabuhan tudungnya selepas semakin kurus.

    “Takde maknanya! Saya gemuk ke kurus ke, saya pakai tudung semua jenis.
    Labuh ada, pendek ada. Saya memang begini tapi tak semestinya terus begini. Doakan yang baik-baik untyk saya okay,” tulisnya.

    Tangkapan layar Instagram Zulin Aziz

    Dalam hantaran komen susulan, Zulin berterima kasih pada netizen yang mendoakan untuknya. Namun, Zulin mengakui tidak kisah jika ada segelintir yang ingin sekadar ingin menyakitkan hati.

    “Terima kasih mendoakan. Saya tau ada niat nak menegur, ada juga nak membawang. Ada pula saja nak menyakitkan hati, ada pula yang terus campak kita ke neraka. Terpulanglah, janji kamu semua bahagia,” katanya.

    Zulin memutuskan untuk mengenakan hijab sekitar Mac 2015.

    Sumber: Instagram Zulin Aziz

    Latest Posts

    Gosip

    Zarina Anjoulie Dan Zoey Rahman Bercinta?

    Sejak kebelakangan ini, selebriti kontroversi, Zarina Anjoulie dilihat agak akrab dengan pelakon dan usahawan berwajah jambu iaitu Zoey Rahman. Mereka berdua dilihat sering berbual bersama...

    Positif Ganja, Bekas Ratu Cantik Tumbuk Polis?

    Bekas ratu cantik negara ditahan oleh pihak berkuasa selepas menumbuk anggota polis dan merempuh sekatan jalan raya (SJR) di Lebuhraya Persekutuan hari ini. Memetik laporan...

    Selebriti Wanita Popular Ditahan Polis, Sangkut Ujian Air Kencing?

    Selebriti media sosial yang dulunya seorang pelakon ditahan selepas didapati positif dadah jenis methamphetamine dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Chalet Nilai, Negeri...

    Suhaimi Saad Letak Jawatan Sebagai Penyanyi Nasyid

    Selebriti kontroversi, Suhaimi Saad yang merupakan bekas ahli kumpulan nasyid, In team hari ini mengumumkan meletak jawatan sebagai penyanyi nasyid. Suhaimi telah membuat pengumuman itu...

    Sufie Nak Jual Audi Miliknya Kerana Terlalu Susah Jaga?

    Bagi yang mengikuti penyanyi kelahiran Singapura, Sufie Rashid, 30, di Instagram, pasti menyedari tentang pengumuman untuk menjual kereta jenis Audi S5 yang baru tiga...