Sejak terpalit dengan isu yang kurang enak, nama Nissa Sabyan dilihat menghilang daripada radar. Hal ini disebabkan vokalis Sabyan Gambus itu dilabel sebagai orang ketiga dalam hubungan pemain keyboard kumpulan berkenaan, Ayus serta bekas isterinya.
Sememangnya, Nissa masih lagi aktif menggunakan media sosial. Tetapi, tidak seperti dulu, dia tidak lagi menyapa peminat yang meninggalkan komen di setiap hantarannya.
Lama tidak mendengar khabar, potret terkini Nissa Sabyan kembali menjadi sorotan netizen. Kenapa ya?
1. Wajah kelihatan pucat
Baru-baru ini, Nissa dilihat memuat naik sebuah video pendek. Menerusi video berkenaan, dia menunjukkan beberapa tutorial hijab yang biasa dipakai ketika melakukan persembahan.
Selain itu, Nissa juga tidak berkata-kata. Dia hanya memperagakan beberapa stail hijab sambil tersenyum ke arah kamera. Begitupun, ada netizen yang mendakwa wajah Nissa kelihatan pucat dah lesu, meskipun telah dioles dengan solekan.
2. Tubuh makin kurus
Jika sebelumnya Nissa digosipkan sedang berbadan dua, foto yang dimuat naik menunjukkan sebaliknya. Menerusi foto tersebut, Nissa kelihatan sangat langsing.
Sumber: KapanLagi