Thursday, April 22, 2021

Nash kongsi keadaannya selepas terlibat kemalangan

Penyanyi Datuk Nash atau nama sebenarnya Jamaluddin Elias, 62, berkongsi mengenai keadaannya yang kini beransur pulih selepas terlibat dalam satu kemalangan di KM250.8 Lebuhraya...
More

    Terkini

    Mengalami gangguan bipolar, Janna Nick mengaku pernah cuba bunuh diri

    Menerusi hantaran terkini di Instagram, dramatis popular, Janna Nick mengaku yang dirinya kini menghidap gangguan bipolar. Janna berkata, dia telah didiagnosis secara klinikal dan kini...

    Datuk Awie Bakal Menghiburkan Peminat Dalam Showcase Istimewa Sempena Bulan Ramadan

    Setelah lebih setahun tidak bertemu dengan peminat, penyanyi rock terkemuka tanah air, Datuk Awie tidak sabar untuk mengubati kerinduan mereka menerusi Showcase Datuk Awie...

    Ezad Lazim muncul dengan single hip-hop kerohanian berjudul Cahaya

    Suatu ketika dahulu, nama Ezad Lazim cukup dikenali sebagai vokalis kumpulan Exists. Namun, selepas meninggalkan kumpulan tersebut pada 2007 dan kemudiannya menyertai program nyanyian...

    Bapa Azlan Typewriter Meninggal Dunia Akibat Covid-19, Terkilan Hanya Dapat Melihat Detik Terakhir Menerusi Panggilan Video

    Selepas tiga minggu tenat bertarung nyawa melawan jangkitan Covid-19, bapa kepada penyanyi Azlan Typewriter, Sallehudin Che Ani disahkan meninggal dunia pada petang Khamis. Allahyarham yang...

    “Nampak macam hina menyanyi di kelab malam, tetapi saya tahu pegangan hidup saya” – Aina Abdul

    Tidak semua orang melalui fasa hidup yang bahagia sepanjang masa. Tidak semua orang juga terlahir senang dengan suapan sudu perak ketika menjamu selera. Ada yang terpaksa menongkah arus, melebarkan kudrat, demi sesuap rezeki dan kelangsungan rantaian panjang yang dinamakan kehidupan.

    Begitulah yang dilalui oleh Aina Abdul ketika dia berada di tangga usia awal 20-an. Ketika itu, dia bukan siapa-siapa. Dia hanyalah seorang wanita muda berbakat besar yang menjadikan rutin menyanyi di kelab malam sebagai sumber mata pencarian utamanya.

    Aina tidak kisah dengan cakap-cakap nakal tentang dirinya

    “Menyanyi di kelab malam memberikan saya lebih rezeki. Maklumlah, kita memerlukan duit untuk survive. Itu sahaja cara yang saya ada ketika itu untuk meneruskan kehidupan.

    “Mungkin orang nampak macam hina kerana melihat wanita bertudung menyanyi di tempat-tempat sebegitu. Tetapi, saya hanya menjalankan tanggungjawab sebagai penyanyi semata-mata. Saya masuk ke sana hanya untuk menyanyi, dan saya beredar selepas kerja selesai.

    “Namun, saya tidak boleh yakinkan semua orang. Saya tahu pegangan hidup saya dan saya tahu apa yang saya lakukan ketika itu,” kata Aina ketika ditemui pada majlis memperkenalkannya sebagai wajah kempen produk kecantikan Trulooks di Putrajaya, semalam.

    Walaupun mengenakan tudung ketika membuat persembahan di kelab malam, Aina tetap mendapat maklum balas positif daripada penonton

    Walaupun mengenakan tudung, Aina masih menerima maklum balas positif setiap kali tamat persembahan.

    “Saya masih ingat, setiap kali naik ke atas pentas, pasti wajah penonton berkerut melihat seorang penyanyi bertudung yang bakal menghiburkan mereka.

    “Tetapi, saya menerima maklum balas positif memandangkan rata-rata yang hadir merupakan penonton dari luar negara dan mereka memang gemarkan lagu-lagu yang saya bawakan,” ujar Aina lagi.

    Ditanya adakah Aina tidak takut dengan kritikan netizen, penyanyi yang baru sahaja memenangi tempat kedua pada Anugerah Juara Lagu Ke-35 (AJL35) menerusi lagu Semalam itu berkata: “Saya membesar dan belajar dengan situasi seperti itu. Saya tidak kisah apa yang orang kata, asalkan saya tahu apa yang inginkan,” katanya lagi.

    Foto kredit: Instagram Aina Abdul

    Latest Posts

    Mengalami gangguan bipolar, Janna Nick mengaku pernah cuba bunuh diri

    Menerusi hantaran terkini di Instagram, dramatis popular, Janna Nick mengaku yang dirinya kini menghidap gangguan bipolar. Janna berkata, dia telah didiagnosis secara klinikal dan kini...

    Datuk Awie Bakal Menghiburkan Peminat Dalam Showcase Istimewa Sempena Bulan Ramadan

    Setelah lebih setahun tidak bertemu dengan peminat, penyanyi rock terkemuka tanah air, Datuk Awie tidak sabar untuk mengubati kerinduan mereka menerusi Showcase Datuk Awie...

    Ezad Lazim muncul dengan single hip-hop kerohanian berjudul Cahaya

    Suatu ketika dahulu, nama Ezad Lazim cukup dikenali sebagai vokalis kumpulan Exists. Namun, selepas meninggalkan kumpulan tersebut pada 2007 dan kemudiannya menyertai program nyanyian...

    Bapa Azlan Typewriter Meninggal Dunia Akibat Covid-19, Terkilan Hanya Dapat Melihat Detik Terakhir Menerusi Panggilan Video

    Selepas tiga minggu tenat bertarung nyawa melawan jangkitan Covid-19, bapa kepada penyanyi Azlan Typewriter, Sallehudin Che Ani disahkan meninggal dunia pada petang Khamis. Allahyarham yang...

    Gosip

    Sweet Qismina Positif COVID-19

    Pelakon popular, Sweet Qismina telah disahkan positif virus Covid-19 pada 20 April 2021. Berita itu telah dikongsikan Sweet di akaun media sosialnya bersama kenyataan akhbar...

    Azal Dedah Wajah ‘Suspek’ Tidak Patuh SOP Di Majlis Perkahwinan Neelofa, Netizen Terhibur

    Anak kepada pelakon Zarina Zainuddin iaitu Azal telah membikin netizen di Malaysia terhibur dengan hantaran terbarunya di Instagram. Azal telah memuatnaik foto-foto selebriti yang telah...

    ‘Anakanda, Mari Kita Pulang Ke Rumah Jumpa Kakak Aafiyah Ya’ – Siti Nurhaliza

    Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza yang baru sahaja melahirkan anak keduanya Isnin lalu akhirnya boleh pulang dari hospital hari ini. Dato...

    Nash kongsi keadaannya selepas terlibat kemalangan

    Penyanyi Datuk Nash atau nama sebenarnya Jamaluddin Elias, 62, berkongsi mengenai keadaannya yang kini beransur pulih selepas terlibat dalam satu kemalangan di KM250.8 Lebuhraya...

    Bapa Azlan & The Typewriter tenat akibat COVID-19

    Vokalis kumpulan Azlan & The Typewriter, Norazlan Rosle mendedahkan ayah kandungnya, yang dikenali sebagai Sallehuddin kini sedang tenat bertarung virus COVID-19 di Pusat Kuarantin,...