Doktor perubatan awam, Dr Roland Victor hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang dipercayai bagi memberi keterangan berhubung video yang tular di media sosial berkenaan vaksin COVID-19.
Menerusi video tersebut Dr Roland menyebarkan informasi tidak tepat tentang vaksin.
Selain itu, fakta Dr Roland didakwa adalah separuh benar. Tak disampaikan dengan jujur serta disalah tafsir.
Dr Roland dilihat tiba di IPD Sepang pada jam 2.15 petang tadi ditemani peguamnya. Dr Roland memberitahu polis menghubunginya jam 1 tengah hari semalam untuk hadir ke IPD Sepang bagi memberi keterangan.
“Dalam video berkenaan saya ada memberi beberapa pandangan sebagai doktor perubatan mengenai pengambilan serta keberkesanan vaksin terhadap orang ramai,” jelas Dr Roland.
Pandangan Dr Roland juga mendapat tentangan frontliner yang bertungkus-lumus menghadapi pesakit Covid-19.
Jika inginkan pendapat, disarankan dapat saranan daripada doktor yang merawat pesakit Covid-19 dan pakar virology itu sendiri yang ada kredibiliti bercakap mengenai Covid-19.
Sumber: BHOnline