Sunday, September 26, 2021

Zulin Aziz Dituduh Perli Siti Nordiana?

Penyanyi, Zulin Aziz meluahkan rasa kecewa kerana statement-nya disalah ertikan. Menerusi posting tersebut, Zulin menjelaskan ada pihak yang cuba memfitnah dirinya. Seakan-akan ada pihak...
More

    Terkini

    ‘MAT BOND MALAYA’ FILEM KOMEDI AKSI ARAHAN NABIL AHMAD, DIBINTANGI NAQIU

    Pengacara, pelawak, pelakon, penyampai radio, penerbit serta pemenang Pengacara Hiburan terbaik di Asian Academy Creative Awards, Nabil Ahmad terus melangkah ke hadapan dengan mempertaruhkan bakatnya menerusi skrin yang lebih besar dengan menghasilkan konten segar dan mengarah filem pertamanya, Mat Bond Malaya.

    Tambah menarik, idea asal dan skrip juga merupakan hasil garapan oleh Nabil Ahmad sendiri. Jadi, unsur jenaka dan jalan cerita yang dipersembahkan pasti tidak mengecewakan penonton.

    Bukan itu sahaja, selain mengangkat elemen komedi sebagai nadi utama, filem ini turut menyelitkan genre kegemaran masyarakat Malaysia iaitu aksi.

    Selain itu, antara daya tarikan utama filem terbitan KMN Production ini adalah para pelakon yang membintanginya. Mat Bond Malaya menyaksikan lakonan oleh juara Gegar Vaganza (GV6) Naqiu dan bergandingan bersama penyanyi dan juga pelakon berbakat besar, Elizabeth Tan serta pelawak Farid Azmeir, Azri Iskandar, Riezman Khuzaimi, Amyza Adnan, Reza Hasbi, Azrin dan
    Aloy.

    Lebih istimewa, penonton dapat menyaksikan barisan selebriti popular tanah air yang akan muncul sebagai ejan seperti Datuk Yusof Haslam, Dato’ Sri Aliff Syukri, Datuk Ramli, Syafiq Kyle, Ning Baizura, Han Byul, Didie Alias, Mamak Puteh, Achey Bocey, Taukeh dan penampilan istimewa oleh pengarah terkenal tanah air seperti Ghaz Abu Bakar, Aziz M. Osman Michael Ang
    dan Mamat Khalid.

    Corak lakonan serta gandingan serasi yang meyakinkan oleh Naqiu dan Elizabeth Tan menerusi watak Mat dan Bondi mampu membuka mata peminat filem tempatan mengenai bakat lakonan mereka. Naqiu membuktikan kemampuannya dengan menonjolkan unsur komedi dengan baik dan Elizabeth Tan menyerlah dengan babak aksi. Sepanjang 1 jam 32 minit, terdapat juga babak- babak yang menggunakan teknik CGI yang nampak realistik.

    Mat Bond Malaya mengisahkan tentang Mat yang ingin menjadi seorang ejen perisik di M6. Dengan bantuan ibunya, dia berjaya bekerja di M6, tetapi sebagai ‘office boy’. Pada masa yang sama, dia mula menyukai salah seorang ejen jelita bernama Bondi.

    Mat telah dicabar oleh G untuk mengambil gambar bersama Bondi. Namun Mat tidak berjaya dan disebabkan kalah dalam pertaruhan, Mat terpaksa menjadi pembantu peribadi kepada G dalam menguruskan bahagian
    penyamaran identiti. Satu hari dunia telah digemparkan dengan serangan virus zombie yang disebarkan oleh Dr Ebel.

    Ramai yang terkena virus tersebut termasuklah ejen-ejen di M6 dan
    Bondi. Mat tiada pilihan melainkan dan perlu mencari penawar bagi menyelamatkan semua orang sebelum virus tersebut merebak ke seluruh dunia.

    Filem ini bakal menemui penonton Di Pawagam Rumah Anda, Astro First, saluran 480 bermula pada Hari Raya Aidiladha ini iaitu 20 Julai 2021.

    Latest Posts

    Gosip

    Zarina Anjoulie Dan Zoey Rahman Bercinta?

    Sejak kebelakangan ini, selebriti kontroversi, Zarina Anjoulie dilihat agak akrab dengan pelakon dan usahawan berwajah jambu iaitu Zoey Rahman. Mereka berdua dilihat sering berbual bersama...

    Positif Ganja, Bekas Ratu Cantik Tumbuk Polis?

    Bekas ratu cantik negara ditahan oleh pihak berkuasa selepas menumbuk anggota polis dan merempuh sekatan jalan raya (SJR) di Lebuhraya Persekutuan hari ini. Memetik laporan...

    Selebriti Wanita Popular Ditahan Polis, Sangkut Ujian Air Kencing?

    Selebriti media sosial yang dulunya seorang pelakon ditahan selepas didapati positif dadah jenis methamphetamine dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Chalet Nilai, Negeri...

    Suhaimi Saad Letak Jawatan Sebagai Penyanyi Nasyid

    Selebriti kontroversi, Suhaimi Saad yang merupakan bekas ahli kumpulan nasyid, In team hari ini mengumumkan meletak jawatan sebagai penyanyi nasyid. Suhaimi telah membuat pengumuman itu...

    Sufie Nak Jual Audi Miliknya Kerana Terlalu Susah Jaga?

    Bagi yang mengikuti penyanyi kelahiran Singapura, Sufie Rashid, 30, di Instagram, pasti menyedari tentang pengumuman untuk menjual kereta jenis Audi S5 yang baru tiga...