Peningkatan jumlah pemberian vaksin harian di Malaysia memberi sinar baharu apabila Imuniti Kelompok iaitu sebanyak 80% penduduk telah divaksin dengan dua dos dijangka dapat dicapai lebih awal.
Menerusi laporan daripada Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), suntikan vaksin harian di Malaysia semakin meningkat dengan purata 400,000 dos suntikan.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, negara telah menerima bekalan vaksin sebanyak 12 juta dos pada bulan Julai lalu. Kata Noor Hisham, mengikut kepada pengiraan 400,000 pemberian dos harian, Malaysia mampu mencapai herd imunity pada awal atau penghujung September ini.
Laporan kumulatif vaksinasi mengikut negeri setakat 2 Ogos menyaksikan Lembah Klang (KL,Selangor dan Putrajaya) merekodkan penerima dua dos tertinggi setakat ini dengan leboh 2.4 juta orang.
Manakala Sarawak menduduki tangga kedua dengan lebih 1.3 juta penduduk telah lengkap dua dos. Secara keseluruhan, rakyat Malaysia yang lengkap dua dos telah melebihi 7 juta orang.
Photo by Towfiqu barbhuiya on Unsplash
ARTIKEL BERKAITAN: