Sunday, September 24, 2023

Zulin Aziz Dituduh Perli Siti Nordiana?

Penyanyi, Zulin Aziz meluahkan rasa kecewa kerana statement-nya disalah ertikan. Menerusi posting tersebut, Zulin menjelaskan ada pihak yang cuba memfitnah dirinya. Seakan-akan ada pihak...
More

    Terkini

    Makanan Yang Patut Dimakan Ketika Anda Positif COVID-19

    Menyorot situasi semasa, pandemik COVID-19 dilihat masih belum menunjukkan tanda-tanda akan reda. Sejak kebelakangan ini, kes positif juga semakin tinggi dan ramai yang terjangkit oleh wabak ini.

    Tahukah anda, selain ubat-ubatan, pola pemakanan sihat juga boleh membantu untuk memulihkan pesakit yang diserang COVID-19?

    World Health Organisation (WHO), National Health Service (NHS) dan Indian Ministry of Health and Family Welfare (MoHFW) memberikan sejumlah garis panduan terkait pola makan yang sihat untuk pesakit COVID-19.

    Bagi anda yang pada saat ini sedang dalam proses masa penyembuhan daripada COVID-19, pastikan anda mendapat bekalan protein, air, vitamin, dan mineral yang lebih agar proses penyembuhannya lebih cepat dan sistem imun tubuh anda semakin kuat.

    Pakar pemakanan dari India, Rajat Jain menyarankan lima makanan yang sebaiknya anda makan apabila sedang positif COVID-19. Makanan berikut berupaya membantu tubuh sembuh lebih cepat dan mengembalikan tenaga yang hilang ketika melawan jangkitan COVID-19.

    1. Buah oren

    Buah oren kaya dengan kandungan vitamin C. Vitamin C sangat membantu membantu antibodi dalam tubuh dan mempercepatkan proses penyembuhan ndaripada penyakit. Buah ini sangat bermanfaat untuk memperkuatkan sistem imunisasi dan meningkatkan tenaga tubuh. Selain buah oren, anda juga boleh memasukkan buah dengan kandungan vitamin C tinggi seperti kiwi dan strawberi dalam senarai.

    2. Badam

    Badam merupakan sejenis kekacang yang tinggi kandungan vitamin E. Ia berfungsi sebagai antioksida dalam tubuh. Badam juga mampu menggantikan tenaga yang hilang ketika proses penyembuhan. Jangan lupa dapatkan juga vitamin E daripada aprikot, sunflower seeds, brokoli, udang dan bayam.

    3. Telur dan daging ayam

    Telur dan daging ayam adalah makanan yang tinggi kandungan protein. Seperti yang kita sedia maklum, protein sangat penting bagi tubuh, terutama ketika proses penyembuhan COVID-19. Kedua-dua makanan ini juga mengandung asid amino yang melindungi tubuh daripada virus serta bakteria pembawa penyakit.

    4. Kekacang

    Makanan yang satu ini diperkaya kandungan zink yang tinggi. Zat ini baik untuk meningkatkan sistem imun dan membantu tubuh melawan racun. Kekurangan zink boleh mencetuskan masalah imunitasi tubuh yang buruk. Pada masa pandemik ini, kita semua memerlukan sistem imun tubuh yang kuat untuk melawan virus.

    5. Air

    Menjaga tubuh selalu dalam keadaan terhidrasi juga sangat penting! Minumlah air putih lebih banyak daripada biasanya! Tubuh anda jelas memerlukan banyak air ketika sedang berjuang melawan virus. Kamu boleh menambah cairan dalam tubuh dengan meminum jus buah dan sayur serta minum 3 hingga 5 liter air putih setiap harinya.

    Sumber: Cosmopolitan Indonesia
    Sumber foto: Nathan Dumlao on Unsplash

    Latest Posts

    Gosip

    Zarina Anjoulie Dan Zoey Rahman Bercinta?

    Sejak kebelakangan ini, selebriti kontroversi, Zarina Anjoulie dilihat agak akrab dengan pelakon dan usahawan berwajah jambu iaitu Zoey Rahman. Mereka berdua dilihat sering berbual bersama...

    Positif Ganja, Bekas Ratu Cantik Tumbuk Polis?

    Bekas ratu cantik negara ditahan oleh pihak berkuasa selepas menumbuk anggota polis dan merempuh sekatan jalan raya (SJR) di Lebuhraya Persekutuan hari ini. Memetik laporan...

    Selebriti Wanita Popular Ditahan Polis, Sangkut Ujian Air Kencing?

    Selebriti media sosial yang dulunya seorang pelakon ditahan selepas didapati positif dadah jenis methamphetamine dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Chalet Nilai, Negeri...

    Suhaimi Saad Letak Jawatan Sebagai Penyanyi Nasyid

    Selebriti kontroversi, Suhaimi Saad yang merupakan bekas ahli kumpulan nasyid, In team hari ini mengumumkan meletak jawatan sebagai penyanyi nasyid. Suhaimi telah membuat pengumuman itu...

    Sufie Nak Jual Audi Miliknya Kerana Terlalu Susah Jaga?

    Bagi yang mengikuti penyanyi kelahiran Singapura, Sufie Rashid, 30, di Instagram, pasti menyedari tentang pengumuman untuk menjual kereta jenis Audi S5 yang baru tiga...