Sunday, September 24, 2023

Zulin Aziz Dituduh Perli Siti Nordiana?

Penyanyi, Zulin Aziz meluahkan rasa kecewa kerana statement-nya disalah ertikan. Menerusi posting tersebut, Zulin menjelaskan ada pihak yang cuba memfitnah dirinya. Seakan-akan ada pihak...
More

    Terkini

    Lebih 5 Juta Rakyat Malaysia Telah Lengkap Terima Dua Dos Suntikan Vaksin!

    Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin yassin semalam menerusi laman Facebooknya memberitahu seramai 5,104,054 indidvidu telah menerima dua dos suntikan vaksin.

    Malah kadar pemberian vaksin di negara ini terus mencatatkan peningkatan, dengan rekod tertinggi semalam iaitu sebanyak 507,050 dos. Daripada jumlah itu, seramai 335,977 telah menerima dos pertama dan 171,073 dos kedua.

    Sejak 12 Julai lalu, Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) berjaya merekodkan pemberian dos harian sebanyak lebih 400,000 dos hampir setiap hari. Angka itu menjadikan jumlah kumulatif individu yang menerima dos pertama setakat ini adalah seramai 10,920,860 dan 5,104,054 menerima dua dos suntikan vaksin.

    Tambah Muhyiddin, seramai 46.7 peratus daripada populasi dewasa di Malaysia sudah mendapat sekurang-kurangnya satu dos dan seramai 21.8 peratus pula mendapat dos yang penuh.

    Pencapaian itu selari dengan sasaran yang ditetapkan namun perlu dipertingkatkan lagi supaya sasaran 26 juta penduduk Malaysia menerima vaksin lengkap berjaya dicapai.

    Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKJAV), Selangor merekodkan jumlah pemberian vaksin tertinggi iaitu sebanyak 95,278 bagi dos pertama dan 35,859 untuk dos kedua diikuti Kuala Lumpur (56,524 dos pertama; 31,859 dos kedua).

    Johor pula mencatatkan sebanyak 31,707 pemberian dos pertama dan 4,662 dos kedua disusuli Sabah (27,174 dos pertama; 3,417 dos kedua).

    Photo by Mika Baumeister on Unsplash

    ARTIKEL BERKAITAN:

    Latest Posts

    Gosip

    Zarina Anjoulie Dan Zoey Rahman Bercinta?

    Sejak kebelakangan ini, selebriti kontroversi, Zarina Anjoulie dilihat agak akrab dengan pelakon dan usahawan berwajah jambu iaitu Zoey Rahman. Mereka berdua dilihat sering berbual bersama...

    Positif Ganja, Bekas Ratu Cantik Tumbuk Polis?

    Bekas ratu cantik negara ditahan oleh pihak berkuasa selepas menumbuk anggota polis dan merempuh sekatan jalan raya (SJR) di Lebuhraya Persekutuan hari ini. Memetik laporan...

    Selebriti Wanita Popular Ditahan Polis, Sangkut Ujian Air Kencing?

    Selebriti media sosial yang dulunya seorang pelakon ditahan selepas didapati positif dadah jenis methamphetamine dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Chalet Nilai, Negeri...

    Suhaimi Saad Letak Jawatan Sebagai Penyanyi Nasyid

    Selebriti kontroversi, Suhaimi Saad yang merupakan bekas ahli kumpulan nasyid, In team hari ini mengumumkan meletak jawatan sebagai penyanyi nasyid. Suhaimi telah membuat pengumuman itu...

    Sufie Nak Jual Audi Miliknya Kerana Terlalu Susah Jaga?

    Bagi yang mengikuti penyanyi kelahiran Singapura, Sufie Rashid, 30, di Instagram, pasti menyedari tentang pengumuman untuk menjual kereta jenis Audi S5 yang baru tiga...