Wednesday, December 8, 2021

Zulin Aziz Dituduh Perli Siti Nordiana?

Penyanyi, Zulin Aziz meluahkan rasa kecewa kerana statement-nya disalah ertikan. Menerusi posting tersebut, Zulin menjelaskan ada pihak yang cuba memfitnah dirinya. Seakan-akan ada pihak...
More

    Terkini

    “Lagu Rahsia bukan tentang kekasih gelap” – Zulin Aziz

    Kerjaya Zulin Azi tidak tertumpu pada satu bidang sahaja. Sejak menceburkan diri dalam bidang seni, Zulin aktif dalam bidang lakonan, pengacaraan dan juga nyanyian.

    Malah, bidang nyanyian yang diceburi turut membuka ruang buat diri Zulin untuk menghasilkan karya sendiri menerusi penciptaan lagu dan penulisan lirik.

    Ia dapat dilihat menerusi empat single yang dihasilkan seperti Terbiar (2017), Keliru (2018), Dan Ketika Itu (2018) dan Jadikan Aku Yang Halal (2019).

    Terbaharu, Zulin, 32, atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abdul Aziz menerusi syarikat rakaman 17 Eleven Music melancarkan single berjudul Rahsia.

    Single tersebut dipilih menjadi lagu tema drama Penjara Janji yang telah ditayangkan di Slot Samarinda, TV3 sepanjang Ramadan lalu.

    Zulin kembali dengan single terbaharu berjudul Rahsia.

    Menurut Zulin, lagu ciptaannya ditulis khas untuk drama terbitan JS Pictures berkenan dan tidak ada kaitan dengan dirinya seperti kebanyakan lagunya sebelum ini.

    “Lagu Rahsia ini saya buat sepenuhnya sendiri. Ia juga adalah lagu tema untuk drama Penjara Janji yang ditayangkan pada Ramadan lalu. Tapi, lagu ini dilancarkan lambat sedikit disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

    “Lagu ini mengisahkan hubungan yang belum pasti. Banyak perkara yang masih belum jelas dalam perhubungan itu sampai dia tak tahu hala tuju perhubungan itu, sama ada ke alam perkahwinan atau sampai tahap itu saja. Tapi dia pilih lelaki yang dia rasa selesa, sebab itu nama dia Rahsia.

    “Kalau orang selalu dengar nanti, orang akan fikir lagu ini mengenai kekasih gelap. Tapi bukan. Ia ada kena mengena dengan drama Penjara Janji ini. Kalau lagu yang dulu memang dibuat khas untuk individu berkenaan, tapi lagu ini tak. Lagu ni sedih sangat nak ditujukan pada orang. Kiranya tak ada kena mengena dengan diri saya pun,” katanya.

    Biarpun ramai memuji bakat nyanyian dimiliki selain karya yang dihasilkan itu mendapat maklum balas positif peminat muzik tempatan, Zulin mengakui pembabitannya dalam bidang nyanyian sekadar suka-suka.

    “Kalau ikutkan menyanyi bukanlah fokus saya, ia sekadar suka-suka. Tapi semua single yang saya hasilkan adalah untuk lagu tema drama. Ini mungkin rezeki saya menyanyi untuk lagu tema drama.

    “Sejujurnya, tidak pernah terfikir untuk masuk Muzik Muzik atau Anugerah Juara Lagu (AJL), tak nak dan tak pernah terfikir sampai tahap itu pun. Dikakui memang pernah ada pihak ‘approach’ untuk ke depankan lagu saya, cuma saya memang tak hantar pun lagu ke radio dan sebagainya sebelum ini.

    “Lagi pun syarikat rakaman saya 17 Eleven Music tahu yang saya menyanyi bukan sejenis serius. Saya memang buat lagu sekadar untuk lagu tema. Tak ada fikir dan rasa nak pergi jauh dalam bidang ini. Sebab saya bukan penyanyi profesional. Boleh menyanyi tapi tak sebagus penyanyi sedia ada,” katanya.

    Mengenai lagu Rahsia, Zulin berkongsi yang mana lagu itu dihasilkan tahun lalu sebelum penggambaran drama dibuat.

    Dalam masa sama, Zulin berkata projek lagu lain mengikut perancangan yang sudah diatur pihak syarikat rakaman.

    “Lagu ini saya buat tahun lepas, sebelum penggambaran drama Penjara Janji. Saya ambil masa seminggu nak siapkan. Sebab lagu ini bukan berat dan susah. Ia mesra pendengar.

    “Projek lagu lain selepas ini, perancangannya belum ada lagi. Cuma, disebabkan saya di bawah label syarikat rakaman, jadi akan ada lagi lagu lain bergantung pada projek drama.

    Jadi, sekarang ini fokus pada bisnes dalam talian dulu sebab masih tak boleh shooting.

    “Tarikh penggambaran pula ditangguhkan dan tak tahu sampai bila. Mungkin sampai selepas habis PKP. Kalau masih tak boleh shooting, jadi teruskan berniaga saja,” katanya.

    Lagu Rahsia sudah boleh distrim di semua pelantar muzik digital bermula 25 Jun lalu dan serentak itu video muzik rasmi lagu Rahsia ditayangkan di saluran YouTube Seventeen Eleven Music.

    Artikel berkaitan:

    Latest Posts

    Gosip

    Zarina Anjoulie Dan Zoey Rahman Bercinta?

    Sejak kebelakangan ini, selebriti kontroversi, Zarina Anjoulie dilihat agak akrab dengan pelakon dan usahawan berwajah jambu iaitu Zoey Rahman. Mereka berdua dilihat sering berbual bersama...

    Positif Ganja, Bekas Ratu Cantik Tumbuk Polis?

    Bekas ratu cantik negara ditahan oleh pihak berkuasa selepas menumbuk anggota polis dan merempuh sekatan jalan raya (SJR) di Lebuhraya Persekutuan hari ini. Memetik laporan...

    Selebriti Wanita Popular Ditahan Polis, Sangkut Ujian Air Kencing?

    Selebriti media sosial yang dulunya seorang pelakon ditahan selepas didapati positif dadah jenis methamphetamine dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Chalet Nilai, Negeri...

    Suhaimi Saad Letak Jawatan Sebagai Penyanyi Nasyid

    Selebriti kontroversi, Suhaimi Saad yang merupakan bekas ahli kumpulan nasyid, In team hari ini mengumumkan meletak jawatan sebagai penyanyi nasyid. Suhaimi telah membuat pengumuman itu...

    Sufie Nak Jual Audi Miliknya Kerana Terlalu Susah Jaga?

    Bagi yang mengikuti penyanyi kelahiran Singapura, Sufie Rashid, 30, di Instagram, pasti menyedari tentang pengumuman untuk menjual kereta jenis Audi S5 yang baru tiga...