Berhati-hati apabila berkongsi info ataupun pendapat anda tentang vaksin covid19 di laman sosial. Terutamanya jika perkongsian itu tidak tepat atapun mempunyai unsur hasutan dengan cuba mempengaruhi orang lain.
Itulah yang terjadi dengan seorang public figure yang juga bekas pelakon komedi lelaki. Pihak polis dilaporkan kini sedang memantau laman sosial pelakon itu selepas dikatakan menyebarkan fahaman antivaksin kepada pengikutnya.
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, pihaknya akan meneliti kes tersebut dan siasatan lanjut akan dijalankan sekiranya didapati kenyataan dibuat pelakon berusia 48 tahun itu boleh menggugat keharmonian masyarakat.
Bagaimanapun katanya, tiada laporan polis diterima pihaknya berkaitan isu berkenaan sehingga kini. Sekiranya benar dakwaan itu, dia boleh dikenakan tindakan undang-undang.
Golongan antivaksin di Malaysia dilaporkan menolak untuk mengambik suntikan itu kerana meragui bahan kandungan vaksin. Malah mereka juga berkongsi pendapat yang vaksin ini boleh memudaratkan kesihatan serta boleh menyebabkan kematian.
Kerajaan kini dalam usaha untuk memastikan kesemua rakyat Malaysia mendaftar dan mengambil suntikan vaksin untuk mencegah jangkitan covid19. Bekalan vaksin untuk rakyat Malaysia juga dilaporkan mencukupi dan kini suntikan telah dilaksanakan secara berperingkat.
Sumber: Kosmo Online
Photo by Charles Deluvio on Unsplash