Berita baik untuk anda yang mungkin selama ini berkira-kira untuk membayar kos ujian saringan covid19. Satu kit ujian saringan menggunakan air liur telah dilancarkan dan kos pembelian jauh lebuh murah!
Alif Masyhur Sdn Bhd (Alif Masyhur) dengan usaha sama Fjord Diagnostics Sdn Bhd (Alif-fjord) semalam melancarkan kit ujian COVID-19 menggunakan sampel air liur (deep throat saliva).
Pengerusi Eksekutif Alif Masyhur, Datuk Mazlan Sabli, berkata kit ujian itu dihasilkan oleh rakyat Malaysia dikenali sebagai Kit Ujian Pengumpulan Sampel Air Liur, Fjord-Saliva yang mengandungi alat (sediprep) untuk meningkatkan konsentrasi kandungan virus dalam sampel air liur bagi mengesan virus COVID-19.
Kaedah persampelan air liur lebih mudah, selesa dan selamat kerana ia bersifat ‘self collected’ tidak memerlukan bantuan petugas barisan hadapan kesihatan serta kosnya juga lebih rendah iaitu berjumlah RM45.
Selain Malaysia ia turut dipatenkan di tujuh negara lain terdiri Amerika Syarikat; United Kingdom, Jepun, China, Korea, Hong Kong dan Jerman.
Kit ujian ini juga telah mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan Malaysia (MDA), Kementerian Kesihatan (KKM) dan Medical Device Safety Services (MDDSS), Jerman.
Sumber: BH Online
Featured Photo by Mufid Majnun on Unsplash