Wednesday, October 20, 2021

Zulin Aziz Dituduh Perli Siti Nordiana?

Penyanyi, Zulin Aziz meluahkan rasa kecewa kerana statement-nya disalah ertikan. Menerusi posting tersebut, Zulin menjelaskan ada pihak yang cuba memfitnah dirinya. Seakan-akan ada pihak...
More

    Terkini

    Khai Bahar Hasilkan Album Zikir, ‘Sold Out’ Dalam Masa 3 Hari

    Penyanyi popular, Khai Bahar tampil dengan album terbaru yang memuatkan alunan zikir serta lagu ketuhanan.

    Album fizikal yang berjudul ‘Damba Ketenangan’ ini memuatkan 5 zikir serta satu lagu yang bertajuk Perpisahan, ciptaan sepenuhnya oleh Rudy Nastia, Shamin Nazri dan Adi Pawana (Dr Azrul).

    Lima zikir yang dimuatkan adalah, Hasbi Rabbi Wa Nabiy, Astaghfirullah, Hasbunallah, La Ilaha Illallah dan Ya Zal Jalali Wal Ikram.

    “Album ini saya dan Dr Azrul sudah rancang lama di mana memang nak keluar bulan ramadan. Alhamdulillah, tahun ini terlaksana juga“, jelas Khai.

    Berkongsi mengenai cabaran mengalunkan zikir dalam album itu, kata Khai dia perlu berhati-hati dalam setiap sebutan.

    “Cabarannya adalah, saya ada masalah nak sebut dengan makhraj yang betul. Salah sebut nanti jadi lain pula maksudnya. Sebab tu kena berhati-hati.

    Alhamdulillah, saya banyak dibantu oleh Dr Azrul sepanjang proses rakaman. Dia memantau sebutan saya. Sebelum ini menyanyi lagu Melayu, tidak ada masalah. Tapi apabila membabitkan sebutan Arab, memang ambil masa juga nak rakam. Tanda baca kena betul”, ujarnya.

    Ditanya mengenai lagu bonus dalam album berkenaan yang berjudul Perpisahan, kata Khai ia adalah lagu ketuhanan yang mengajak semua orang untuk ingat kematian.

    “kenapa perpisahan? sebab saya nak kita semua sentiasa ingat kepada kematian. Bukan saja saya yang menyanyikan lagu ini, tetapi semua tanpa mengira usia, pangkat, darjat, kedudukan atau status.

    Saya fikir, sebagai manusia biasa pengakhiran kita tetap sama iaitu kematian. Cuma bila dan bagaimana hanya Allah saja yang tahu. Disebabkan itu dalam lagu ini ia memberi peringatan kepada kita. Dalam masa yang sama lagu ini sesuai untuk bulan Ramadan“, jelasnya.

    Menariknya, album yang diterbitkan oleh 17 Eleven ini telah pun habis dijual sebanyak 500 unit dalam masa tiga hari.

    “Sebelum dilancarkan secara rasmi, syarikat penerbitan buka pra tempahan dulu pada hari pertama sebanyak 100 unit dan habis terjual. Hari kedua juga sama. Hari ketiga mereka tambah lagi 200 unit pula dan juga turut habis dijual. Syukur Alhamdulillah“, luah Khai.

    Kepada yang belum memiliki album istimewa ini jangan risau, kerana album ini akan ditambah jualannya lagi 500 unit dimana ia hadir dalam ‘box set’ yang datang bersama beg ‘tote’ istimewa, tasbih digital serta gambar Khai Bahar. Album zikir ‘Damba Ketenangan’ ini hanya boleh dibeli melalui Shopee.

    Latest Posts

    Gosip

    Zarina Anjoulie Dan Zoey Rahman Bercinta?

    Sejak kebelakangan ini, selebriti kontroversi, Zarina Anjoulie dilihat agak akrab dengan pelakon dan usahawan berwajah jambu iaitu Zoey Rahman. Mereka berdua dilihat sering berbual bersama...

    Positif Ganja, Bekas Ratu Cantik Tumbuk Polis?

    Bekas ratu cantik negara ditahan oleh pihak berkuasa selepas menumbuk anggota polis dan merempuh sekatan jalan raya (SJR) di Lebuhraya Persekutuan hari ini. Memetik laporan...

    Selebriti Wanita Popular Ditahan Polis, Sangkut Ujian Air Kencing?

    Selebriti media sosial yang dulunya seorang pelakon ditahan selepas didapati positif dadah jenis methamphetamine dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Chalet Nilai, Negeri...

    Suhaimi Saad Letak Jawatan Sebagai Penyanyi Nasyid

    Selebriti kontroversi, Suhaimi Saad yang merupakan bekas ahli kumpulan nasyid, In team hari ini mengumumkan meletak jawatan sebagai penyanyi nasyid. Suhaimi telah membuat pengumuman itu...

    Sufie Nak Jual Audi Miliknya Kerana Terlalu Susah Jaga?

    Bagi yang mengikuti penyanyi kelahiran Singapura, Sufie Rashid, 30, di Instagram, pasti menyedari tentang pengumuman untuk menjual kereta jenis Audi S5 yang baru tiga...