Monday, June 21, 2021

Arwah Nenek Dijangkiti COVID-19 Ketika Berada Di Hospital, Elfira Loy Akui Terkilan

Pelakon Elfira Loy berkongsi mengenai kisah di sebalik pemergian neneknya, Siti Rokiyah Saad di Instagram. Menerusi hantaran terkini yang dimuat naik, Elfira berkata, dia berasa...
More

    Terkini

    Konsert Virtual Def Jam SEA X COACH Satukan Fesyen Dan Muzik

    Coach mempersembahkan pengalaman konsert maya bersama Dej Jam SEA, sekaligus merupakan konsert maya pertama yang bakal diadakan di rantau Asia Tenggara. Acara konsert bakal...

    “Jangan Bandingkan I Dengan Lelaki Sampah” – Idris Khan

    Pelakon kacak ,Idris Khan meminta supaya salah seorang pengikutnya di Instagram supaya tidak membandingkannya dengan lelaki sampah. Menerusi ruangan' ask me question' di Insta Story,...

    Yunos Laith Bin Yusry , Nama Anak Ketiga Datin Lisa Surihani

    Umum mengetahui pelakon popular, datin Lisa Surihani telah selamat melahirkan cahaya mata ketiga pada 15 Jun yang lalu. Hari ini, Datin Lisa telah mengumumkan nama...

    Gaya Rambut Terbaru Arjun Rampal Bikin Ramai Jatuh Cinta

    Baru-baru ini pelakon kacak dari Bollywood iaitu Arjun rampal telah memuatnaik beberapa keping foto gaya rambut terbarunya. Arjun dilihat telah mewarnakan rambutnya daripada warna hitam...

    Kenali YHB Sleepsalot , Rapper Muda Berwajah Kacak

    Di kalangan ribuan bakat baharu serantau, sebutir bintang mula menyinar dari kejauhan. Menggunakan gelaran YHB Sleepsalot, anak kelahiran Singapura ini nampaknya bakal menggegar dunia muzik masa kini.

    Dilahirkan pada 30 Ogos 2001, YHB mengakui bahawa permulaannya ke dalam dunia seni bertitik-tolak dari obsesinya terhadap bintang remaja popular, Justin Bieber dan lagu hit beliau ‘Baby’ semasa umurnya 12 tahun. Sejak itu dirinya kerap mengimpikan untuk menjadi seorang penghibur.

    Ketika membesar, dia didedahkan dengan muzik persembahan ikon-ikon nyanyian tersohor dunia seperti bintang legenda Elvis Presley, Raja Pop Michael Jackson serta nama-nama lain termasuk Drake, Travis Scott dan juga kumpulan One Direction. Pengaruh muzik aneka warna ini telah menyemarakkan lagi cintanya terhadap dunia muzik.

    Lantas sepanjang persekolahan menengahnya, dia mula mencipta lagu di dalam fikirannya dan akhirnya merakam sebuah lagu semasa berumur 17 tahun.

    “Mencipta lagu tidak susah buat saya. Ia seperti minda pra-sedar saya yang mengambil alih dan saya hanya perlu menterjemahkan idea tersebut ke dalam lagu. Saya dapat cetusan ilham sedikit demi sedikit dan pada bila-bila waktu di mana sahaja. Jadi saya akan masukkan semua itu ke dalam nota saya dan saat idea tergendala seketika saya hanya perlu merujuk semula catatan saya dan kemudian ia menjadi seperti sebuah pintu penuh ilham,” kata YHB.

    Tanpa disangka sedutan rakaman ringkas itu bakal mengubah kehidupannya kala ia mencuri perhatian dua bintang hip hop ternama iaitu ALYPH dan juga SonaOne melalui kuasa media sosial.

    Pertemuan itu telah merealisasikan impiannya saat Def Jam Asia Tenggara memberikannya peluang dan menjadikannya salah seorang artis rakaman mereka.

    Sejak itu, YHB tidak pernah menoleh ke belakang dan terus bersemangat untuk membuat perubahan dalam dunia muzik pop serta hip hop.

    Mampu berbahasa Melayu dan Inggeris dengan lancar telah memberikannya kelebihan dalam menyampaikan muziknya kepada segmen pendengar yang lebih luas. Masa lapangnya yang dihabiskan dengan melukis, menonton siri drama bertema, dan bermain bola sepak juga menyumbang kepada keutuhan aliran seni di dalam dirinya.

    Menyimpan hasrat untuk membawa seninya ke luar tanah dari pulau Singapura, YHB Sleepsalot nampaknya mempunyai semua kelengkapan yang diperlukan untuk bertarung di gelanggang seni persembahan.

    Dianugerahkan dengan paras rupa yang kacak di samping suara yang merdu berserta bakat mencipta lagu dan lirik dengan baik, dunia pasti akan mengenali kehebatannya tidak lama lagi.

    Latest Posts

    Konsert Virtual Def Jam SEA X COACH Satukan Fesyen Dan Muzik

    Coach mempersembahkan pengalaman konsert maya bersama Dej Jam SEA, sekaligus merupakan konsert maya pertama yang bakal diadakan di rantau Asia Tenggara. Acara konsert bakal...

    “Jangan Bandingkan I Dengan Lelaki Sampah” – Idris Khan

    Pelakon kacak ,Idris Khan meminta supaya salah seorang pengikutnya di Instagram supaya tidak membandingkannya dengan lelaki sampah. Menerusi ruangan' ask me question' di Insta Story,...

    Cha Eun Woo Dan Shin Sung Rok Ucap Selamat Tinggal Pada Master In The House

    Pelakon terkenal Korea Selatan iaitu Cha Eun Woo dan Shin Sung Rok telah mengucapkan selamat tinggal kepada rancangan popular, Master In The House....

    Israel Bersedia Jalin Hubungan Dengan Malaysia, Indonesia & Brunei

    Umum mengetahui bahawa Malaysia dan Israel tidak pernah menjalin sebarang hubungan diplomatik. Malah Malaysia juga tidak pernah mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara. Kekejaman yang dilakukan...

    Gosip

    Suhaimi Saad Letak Jawatan Sebagai Penyanyi Nasyid

    Selebriti kontroversi, Suhaimi Saad yang merupakan bekas ahli kumpulan nasyid, In team hari ini mengumumkan meletak jawatan sebagai penyanyi nasyid. Suhaimi telah membuat pengumuman itu...

    Sufie Nak Jual Audi Miliknya Kerana Terlalu Susah Jaga?

    Bagi yang mengikuti penyanyi kelahiran Singapura, Sufie Rashid, 30, di Instagram, pasti menyedari tentang pengumuman untuk menjual kereta jenis Audi S5 yang baru tiga...

    Dini Hadiahkan Janna Vespa Berharga RM17,000?

    Bertuah betul Janna Nick ya! Ketika meraikan ulang tahun yang ke-26 semalam, Janna menerima kejutan daripada kekasihnya, Dini Schatzmann. Menerusi video yang dimuat naik, Dini...

    Nabila Huda Kasihan Lihat Pelakon Instafamous Dicerca

    Sejak kebelakangan ini, isu pengambilan selebriti media sosial atau Instafamous sebagai pelakon hangat diperkatakan. Baik netizen mahupun penggiat seni, masing-masing punya pendapat mengenai trend...

    Afgan Sambut Hari Jadi Bertemakan Millennium

    Penyanyi terkenal Indonesia, Afgan telah menyambut hari lahirnya dalam satu acara parti bertemakan Millennium tahun 2000. Foto-foto di majlis hari jadi itu telah dikongsikan...