Komuniti Sukan olimpik tidak menetapkan had umur untuk mana-mana atlet bertanding di temasya berprestij itu. Asalkan atlet itu sihat dan layak untuk bertanding.
Bagaimanapun ada beberapa sukan yang menetapkan had umur contohnya, sukan gimnastik hanya menerima atlet berusia 16 tahnu dan ke atas. Baru-baru ini tular di laman sosial apabila seorang Gimnas berusia 46 tahun yang mewakili Uzbekistan, Oksana Chusovitina.
Jom check out senarai lima atlet yang kebanyakannya dikategorikan sebagai warga emas yang bertanding di Olimpik kali ini.
MARY HANNA
Mary Hanna dari Australia merupakan atlet tertua yang bertanding kali ini. Berusia 66 tahun, Mary merupakan atlet sukan Equestrian. Dia telah mewakili negaranya sebanyak enam kali sejak Olimpik 1996 sehingga tahun ini.