Keadaan Siti Sarah dilaporkan kurang stabil dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pagi tadi. Menerusi hantaran di Instagram suaminya, Shuib, tahap oksigen Sarah tidak berapa stabil.
Shuib turut berkongsi, Sarah yang kini sarat hamil bakal bersalin menerusi pembedahan lebih awal atas nasihat doktor.
Assalammualaikum Salam Jumaat semua,Pg td isteri sy telah dimasukkan ke ICU di sebabkan oksigen yg tak berapa stabil dan keadaan dia yg tak berapa baik.SY MOHON DIHARI BAIK,HARI JUMAAT,DOAKAN SARAH DAN ANAK DLM KANDUNGAN, SEMOGA DIPERMUDAHKAN URUSAN DAN SEMOGA ALLAH BERIKAN KEKUATAN UTK MEREKA.SEMOGA ALLAH MERAHMATI KITA SEMUA,AMIN 🤲
Kelmarin, Shuib dan Sarah sekeluarga telah melepasi hari kuarantin di rumah kerana Covid19, namun Sarah terpaksa dikejarkan ke hospital kerana tahap oksigen menurun.
OiJom mendoakan proses bersalin Sarah dipermudahkan dan semoga ibu dan bayi dalam keadaan sihat.