Bagi anda yang pernah menonton filem remaja popular dari Hollywood iaitu ‘Mean Girls’, pasti anda kenal dengan watak hero filem berkenaan bukan?
Watak Aaron Samuels, dimainkan oleh Jonathan Bennett, jejaka tampan yang menjadi kegilaan ramai wanita satu ketika dahulu.
Namun Jonathan telah membuat jutaan wanita di seluruh dunia kecewa apabila mendedahkan bahawa dirinya adalah seorang homoseksual.
Baru-baru ini, Jonathan telah memuatnaik sebuah foto di Insta story akaun Instagram miliknya.
Namun apa yang menjadi perhatian netizen adalah refleksi pada cawan kopi yang dipegang olehnya sehingga menjadi tular di media sosial.
Refleksi di bahagian cawan itu menunjuk tubuh Jonathan tanpa seurat benang ketika duduk bersantai di hadapan kolam renang.
Oijom pun tak pasti sama ada Jonathan menyedari akan refleksi ‘asetnya’ itu ataupun tidak sewaktu memuatnaik gambar berkenaan.
Apa-apa pun semoga Jonathan lebih berhati-hati dalam memuatnaik sebarang gambar selepas ini. Tak pasal-pasal dah ‘belanja’ benda yang tak sepatutnya.