Nampaknya, karier lakonan Jinyoung semakin mekar mengharum.
Media Korea melaporkan, anggota kumpulan GOT7 itu bakal membintangi sebuah drama adaptasi webtoon berjudul Yumi’s Cells.
Menerusi drama bersiri berkenaan, Jinyoung bakal memegang watak Yoo Babi.
Memetik laporan Soompi, Jinyoung berkata: “Saya berasa sangat tersentuh saat pertama kali menjalani penggambaran bagi drama ini. Terima kasih kepada semua yang membuat saya sangat selesa berada di set.
“Saya banyak berbincang dengan pengarah mengenai karakter saya. Banyak belajar tentang karakter membuatkan saya menjadi sebahagian daripada karya secara semulajadi,” katanya.
Yumi’s Cells diarahkan oleh Lee Sang Yeon, iaitu sutradara yang bertanggungjawab ke atas karya seperti Familiar Wife dan Shopping King Louie.
Difahamkan, drama Yumi’s Cells bakal menemui penonton sekitar tahun ini menerusi tvN.
Sumber: Soompi