Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi mengumumkan Kemudahan-kemudahan Bagi Individu Yang Telah Menerima Vaksinasi Lengkap berkuatkuasa pada selasa, 10 Ogos ini.
Dalam pengumuman itu, antara yang menjadi tarikan ramai apabila beliau menberitahu, rakyat Malaysia yang sudah lengkap dua dos suntikan boleh hadir menunaikan solat di masjid dan surau. Ini berkuatkuasa di semua negeri dalam mana-mana fasa.
Bagaimanapun pihak AJK masjid dan surau perlu bertanggungjawab membuat pemeriksaan dengan memastikan jemaah menunjukkan kad vaksinasi digital yang menunjukkan lengkao dua dos di aplikasi MySejahtera atau Selangkah.
Selepas menunaikan solat, jemaah digesa terus pulang ke rumah dan tiada majlis agama lain atau sesi berkumpul dilakukan selepas solat. Kelonggaran kemudahan ini juga termaksud buat semua agama di Malaysia dan rumah ibadat lain.
Muhyiddin turut menambah, pemakaian topeng muka dan penjarakan sosial wajib diamalkan. Malah beliau mengingatkan, suntikan kedua mengambil masa 14 hari untuk mula sebati dengan antibodi tubuh.