Selepas lebih dari 7 tahun menanti, akhirnya pelakon Jehan Miskin dikurniakan cahaya mata yang pertama pada 20 Februari 2020 yang lalu.
Jehan dan isterinya yang merupakan warga Korea Selatan dikurniakan bayi lelaki yang diberi nama Axel Nova Rhee bin Jehan.
Berita gembira ini telah dikongsikan oleh Jehan di akaun Instagram miliknya.
Kongsi Jehan di kapsyen, anaknya itu lahir pada tengah malam selepas sembilan hari sambutan Tahun Baru Cina dan disambut dengan letupan bunga api.
Tahniah Oijom ucapkan kepada Jehan dan isteri. Semoga kehadiran cahaya mata ini menjadi penyeri kehidupan kalian
Sumber : Instagram Jehan Miskin & Julierhee