Selepas hilang seketika dari media sosial, pelakon sensasi, Janna Nick kembali aktif di Instagram.
Semalam akaun Instagram Janna tidak dapat diakses dipercayai dinyahaktif oleh pelakon Marry Me Senorita itu.
Beberapa hari yang lalu nama Janna Nick tiba-tiba menjadi panas di media sosial sehingga ‘trending’ di Twitter gara-gara didakwa mempersendakan bintang K-pop.
Berikutan itu, Janna diserang oleh fanatik K-pop sehingga terpaksa membuat laporan polis.
Sebelum menyahaktifkan akaun Instagram, Janna sempat memuatnaik video bersumpah sambil memegang Al Quran untuk menafikan dirinya sengaja mempersendakan bintang K-pop berkenaan.
Dalam kemaskini terbaru Janna di Instagram, dia memuatnaik video sedutan drama yang dibintanginya iaitu Marry Me Senorita yang kini ditayangkan di saluran Astro Ria.
Walaubagaimanapun, ruangan komen untuk hantaran itu adalah terhad kepada sebilangan pengikut sahaja.Â